
e-Invois
Selaras dengan misi kami untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan serta komitmen kami dalam mematuhi keperluan kawal selia, kami ingin memaklumkan berkenaan pelaksanaan e-Invois di bawah Seksyen 82C Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) seperti yang diwajibkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berkuat kuasa 1 Ogos 2024.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim di bawah. Anda juga boleh layari laman web rasmi LHDN: https://www.hasil.gov.my/e-invois/. Anda turut boleh menghubungi kami di help.einvoice@airselangor.com.
Kami komited untuk memastikan Setiap Titis Bermakna buat anda, oleh itu kami amat menghargai kerjasama dan sokongan anda dalam membantu proses peralihan ke e-Invois baharu ini berjalan dengan lancar.
Terima kasih.
Apa itu e-Invois?
- e-Invois yang diperkenal dan dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan representasi dalam bentuk digital bagi transaksi yang dilaksanakan antara Penjual dan Pembeli.
- e-Invois menggantikan penggunaan dokumen kertas atau elektronik seperti dalam format pdf, jpeg, doc dan lain-lain.
- e-Invois mengandungi maklumat penting yang sama seperti dokumen tradisional, contohnya, butiran Penjual dan Pembeli, keterangan item, kuantiti, harga tanpa cukai, cukai dan jumlah keseluruhan, yang merekodkan data transaksi untuk operasi perniagaan harian.
Bilakah tarikh e-Invois dilaksanakan?
- Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh LHDN, e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan pelaksanaan yang lancar. Pertimbangan dan perancangan yang teliti telah dibuat dengan mengambil kira julat pendapatan atau jualan tahunan untuk memastikan perniagaan mempunyai tempoh masa yang mencukupi bagi mengadaptasi dan melaksanakan e-Invois.
- Garis masa perlaksanaan mandatori e-Invois adalah seperti di bawah:

Adakah Air Selangor terlibat dalam pelaksanaan e-Invois?
- Air Selangor terlibat dengan pelaksanaan e-Invois Fasa 1 yang dijadualkan bermula 1 Ogos 2024 kerana termasuk dalam kategori pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta berdasarkan Garis Masa Pelaksanaan e-Invois oleh LHDN.
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan e-Invois untuk bil air? Apakah yang perlu pelanggan saya lakukan apabila menerima email?
- Pemegang akaun yang ingin mendapatkan e-Invois boleh mengemaskini maklumat melalui pautan e-Invois e-Form yang disertakan di dalam emel yang diterima daripada einvoice@mx3.airselangor.com bagi tujuan pengeluaran e-Invois.
Bagaimanakah saya ingin mengemas kini maklumat untuk pastikan maklumat dalam e-Invois adalah tepat sekiranya saya tidak menerima sebarang emel rasmi daripada Air Selangor?
- Pelanggan boleh memohon untuk kemas kini maklumat melalui emel di alamat help.einvoice@airselangor.com
Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak memberi maklumat yang diperlukan?
- Sekiranya maklumat lengkap tidak diterima, tiada e-Invois yang akan dikeluarkan kepada pemegang akaun apabila pelaksanaan e-Invois berkuat kuasa.
- Walau bagaimanapun, pemilik akaun masih boleh menerima bil air seperti biasa sama ada melalui email, WhatsApp dan pos.