Bagi menyambung semula bekalan air di premis anda, Air Selangor menggalakkan pembayaran tunggakan bil air termasuk caj pemotongan dan penyambungan menerusi perbankan dalam talian menggunakan JOMPAY atau FPX. Pembayaran juga boleh dilakukan di sepuluh (10) Kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor. Penyambungan semula bekalan air adalah dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran penuh termasuk caj pemotongan dan penyambungan semula diterima oleh Air Selangor.
Bagi pembayaran menerusi agen-agen sah kami, Tuan/Puan/anda dikehendaki menghantar bukti pembayaran menerusi butang HELP CENTRE pada laman web www.airselangor.com atau aplikasi Air Selangor atau hubungi Air Selangor di talian 15300 bagi membolehkan penyambungan semula bekalan air dalam tempoh 24 jam.
Setiap titis bermakna.