Laporan Prestasi dan Kelestarian

Kami berbangga dengan pelbagai penghargaan dan penghormatan yang kami terima bagi pencapaian-pencapaian kami selama ini. Anugerah dan penghargaan ini merupakan bukti kecemerlangan kami dan usaha berterusan kami dalam mencapai misi kami untuk memberikan perkhidmatan yang hanya terbaik kepada pengguna kami.

 

2019 Report
Anugerah Kecemerlangan Makmal 2019
Air Selangor telah menerima Anugerah Kecemerlangan Makmal Industri Kimia Malaysia (IKM) pada tahun 2019 untuk makmal SSP2, Sg Labu dan Sg Semenyih. Penghargaan ini menandakan komitmen makmal tersebut untuk mencapai kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan pengujian yang berkualiti dan kompeten yang berkaitan dengan undang-undang tempatan terutama dalam bidang kesihatan, keselamatan, dan alam sekitar.


Pensijilan ISO untuk Air Bersih Pensijilan ISO 9001 (QMS)  Loji Rawatan Air Sg Sireh & Semenyih 2 (LRA) menerima Quality Management System ISO 9001 certification


Pensijilan ISO 22301 (BCMS)  Empat LRA Air Selangor iaitu North Hummock, Wangsa Maju, Sg Gombak & Salak Tinggi menerima pensijilan Sijil ISO 22301 Sistem Pengurusab Kesinambungan perniagaan.

2018 Report
Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihan Pekerjaan 2018
Air Selangor, menerusi wilayah Gombak, memenangi Anugerah Cemerlang keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dianugerahkan oleh Sekretariat Majlis Negara Untuk Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan di bawah sektor industri air.


Anugerah Kecemerlangan Makmal Perak 2018  Makmal LRA Sungai Semenyih menerima Anugerah Perak setelah berjaya mengekalkan Anugerah Kecemerlangan Makmal Institut Kimia Malaysia selama 10 tahun berturut-turut, menjadikan Makmal LRA Semenyih sebagai makmal LRA yang pertama di negara ini yang menerima anugerah tersebut setelah memenuhi semua syarat perundangan dalam bidang kesihatan, keselamatan dan Alam sekitar.


Pensijilan ISO 9001 (QMS)   Semua Loji Rawatan Air (LRA) kecuali LRA Sg Sireh menerima Sijil ISO 9001 (Sistem pengurusan Kualiti). Sijil tersebut memberi jaminan kepada pelanggan bahawa penambahbaikan berterusan sedang dilaksanakan bagi memastikan prestasi yang lebih baik.


Pensijilan ISO 22301 (BCMS)  LRA Sungai Labu dan Sungai Selangor Fasa 2 menerima Sijil ISO BCMS 22301 (Sistem Pengurusan Kesinambungan Perniagaan) yang menyediakan kerangka kerja untuk perancangan LRA, mewujudkan, melaksanakan, mengendalikan, memantau, mengkaji, menyelenggara dan terus meningkatkan Sistem Pengurusan Kesinambungan perniagaan.


Pensijilan ISO 17025 (Akreditasi Makmal)  Makmal LRA Sungai Selangor Fasa 2 menerima Sijil ISO 17025 (Akreditasi Makmal) yang telah menetapkan piawaian dan proses untuk penentukuran dan ujian, yang membolehkan makmal mahir secara teknikal dalam menghasilkan ujian teliti dan tepat serta penentukuran. 


Pensijilan ISO 18001 (OHSAS)  LRA Sungai Selangor Fasa 2 menerima Pensijilan Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan OHSAS 18001 yang menyediakan rangka untuk mengenal pasti, mengawal dan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.


Pensijilan ISO 14001 (EMS)  LRA Sungai Selangor Fasa 2 menerima ISO 14001 Sijil (Sistem Pengurusan Alam Sekitar) sejajar dengan matlamat kami untuk meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar. Pensijilan tersebut membuktikan bahawa kepatuhan terhadap peraturan, dasar dan keperluan berorientasikan lingkungan dicapai.


Juara Keseluruhan Pertandingan Pasukan Tindakan Kecemasan Kebakaran, Peringkat Putrajaya 2018  Wilayah Selatan muncul juara pada Pertandingan Pasukan Tindakan Kecemasan Kebakaran, Pertandingan Peringkat Putrajaya 2018, yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya.

Show More

Show Less

Sukuk Kelestarian Air Selangor Laporan Impak

SRI Laporan Impak 2022 - 2023

SRI Laporan Impak 2021 - 2022

Data Prestasi

Air Selangor menerbitkan data prestasi terpilih menerusi format “dashboard” bagi memastikan para pengguna sentiasa maklum akan maklumat penting terkini berkaitan syarikat. Ini merupakan sebahagian daripada strategi Air Selangor dalam memperkasakan komunikasi melibatkan seluruh organisasi serta bersama pengguna melalui platform baharu dan sedia ada. Kami berazam untuk mempertingkatkan komunikasi mengenai prestasi operasi kami bersama ahli pemegang berkepentingan. Data prestasi ini akan dikemaskini pada setiap suku tahun.

Anugerah & Pengiktirafan