Kemaskini Akaun
Kemaskini akaun anda, bayar bil atau kemukakan pertanyaan dan aduan di atas talian melalui Portal Pelanggan Air Selangor pada bila-bila masa, di mana sahaja dari telefon mudah alih dan komputer anda.
Sokong usaha kami untuk ke arah mesra alam dan beralih ke e-Bil.
Jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun, anda boleh membuat bayaran untuk beberapa bil sekaligus dengan eBiz. Daftar sekarang untuk menikmati cara pembayaran yang mudah untuk membayar bil akaun-akaun industri melalui eBIZ.

Buka Akaun Baru
Bagi Individu atau Pemaju
Daftar saluran air baru dan buka akaun untuk kediaman atau premis anda sekiranya anda berpindah ke kawasan di luar kediaman semasa. Pemohon akaun individu dikehendaki untuk menghantar borang yang berikut di Kaunter Khidmat Pelanggan kami:
- Borang Permohonan Air
- Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air (hantarkan dua [2] salinan)
- Borang Maklumat Tambahan dan Surat Persefahaman

Tukar Pemilikan Akaun
Kemas kini butiran pemilik baru bagi akaun sedia ada dan hantarkan borang yang berikut di Kaunter Khidmat Pelanggan kami:
- Borang Permohonan Air
- Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air (hantarkan dua [2] salinan
- Borang Maklumat Tambahan dan Surat Akujanji
- Maklumat tambahan – Sediakan gambar bacaan meter untuk meter yang sedia ada di premis (lihat contoh bacaan meter di sini) dan sediakan gambar pendirian meter yang lengkap di premis (lihat contoh pendirian dan spesifikasi meter di sini)
*Anda boleh memohon penukaran pemilikan dalam talian di sini.

Migrasi ke Akaun Individual
Daftar untuk menukar akaun bekalan air meter pukal ke akaun bekalan air meter individu dan pengebilan bil air secara terus untuk kediaman pangsapuri atau kondominium. Permohonan boleh dibuat oleh Perbadanan Pengurusan atau Badan Pengurusan Bersama bagi pangsapuri atau kondominium dengan melengkapkan dan menghantar borang yang berikut:
- Borang Permohonan Migrasi Akaun Bekalan Air Meter Individu Dari Akaun Meter Pukal Bagi Pengguna Domestik
- Borang Maklumat Meter Individu
Sila rujuk panduan serta penuhi terma dan syarat berikut:
- Garis Panduan Migrasi Air Selangor [Muat turun]
- Soalan Lazim Migrasi Akaun [Muat turun]

Penutupan Akaun
-
Borang Penutupan Akaun dan Permohonan Pemulangan Balik Deposit
-
Surat Akuan sekiranya pemohon adalah berlainan dengan Pemilik Akaun