8 OKTOBER 2020, 7:00 pagi
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi pada 4 Oktober 2020.
Sehingga jam 6:00 pagi ini, sejumlah 251 kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 274 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual dengan peratusan pemulihan keseluruhan pada tahap 92%. Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:
Wilayah |
Pemulihan Kawasan (%) |
Petaling |
85% |
Hulu Langat |
88% |
Kuala Langat |
86% |
Sepang & Putrajaya |
100% |
Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memastikan 23 kawasan yang masih lagi dalam proses pemulihan di wilayah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Langat mendapat bekalan air. Senarai kawasan yang masih terjejas seperti di Lampiran 1.
Air Selangor amat menghargai kerjasama para pengguna yang telah menggunakan air secara berhemat dan memastikan proses pemulihan bekalan air berjalan jalan lancar dan lebih baik daripada yang dijadualkan.
Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran – saluran komunikasi rasmi Air Selangor dengan merujuk aplikasi Air Selangor, media sosial Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.
– TAMAT –
LAMPIRAN 1
SENARAI KAWASAN YANG MASIH TERJEJAS PADA 8 OKTOBER 2020, 6:00 PAGI
HULU LANGAT |
||
Bandar Bukit Mahkota |
Eco Hill |
Taman Gita Bayu |
Bandar Puteri Bangi |
Eco Majestic |
Taman Perindustrian Mahkota Beranang |
Bandar Sri Putra |
– |
– |
KUALA LANGAT |
Bandar Rimbayu |
Bt 10 Kebun Baru |
Bt 9 Kebun Baru |
Telok Panglima Garang |
PETALING |
||
Apartment Megaria |
Bukit Serdang, Jalan Bersatu & BS 3/1-3/3 |
SK 1&13 |
Bukit Serdang, BS 5/16-5/19 |
Hospital Serdang |
Taman Mutiara Indah |
Bukit Serdang, BS 5/3-5/15, BS 5/20-5/28 & BS 6/1-6/8 |
Hospital UPM |
Taman Saujana Puchong |
Bukit Serdang, BS 9 – 13 |
Jln BS 7/10 |
USJ 1-15 |