Status Pemulihan Bekalan Air Di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak Dan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang pada 3 September 2020.

Gangguan bekalan air di Wilayah Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya.

Sehingga jam 6:30 petang hari ini, sebanyak 39 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan di 4 lagi wilayah iaitu Klang/Shah Alam, Gombak, Petaling dan Kuala Lumpur.

Secara keseluruhannya, sejumlah 1,253 kawasan telah pulih sepenuhnya dari 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual dengan peratusan pemulihan pada tahap 96.98%.

Semua kawasan 1 dalam pelan pemulihan telah pulih sepenuhnya manakala 8 kawasan yang berada dalam Kumpulan 2 pelan pemulihan pula masih belum mendapat bekalan air yang sepatutnya pada 12:00 tengah malam, 8 September 2020. Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan ini. Senarai kawasan 2 yang belum pulih seperti di Lampiran 1.

Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:

Wilayah Pemulihan Kawasan (%)
Petaling

98.36

Klang/Shah Alam

85.31

Gombak

99.27

Kuala Lumpur

97.57

Hulu Selangor

100

Kuala Langat

100

Kuala Selangor

100

Senarai kawasan yang telah pulih seperti di Lampiran 2.

Para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor. Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran – saluran interaksi Air Selangor dengan merujuk aplikasi Air Selangor, sosial media Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk maklumat bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Lampiran 1 & 2

Peta: Status Pemulihan Gangguan Bekalan Air tidak Berjadual sehingga 8 September 2020, jam 6:30 petang

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Enhances Mobile Application and Website for A More Use...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) has recently upgraded its mobile application and website, specially designed …

default
Air Selangor Ready To Meet Water Needs To Support the Growth of Dat...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) welcomes the statement by the Prime Minister, YAB Dato’ Seri …

default
Air Selangor Strengthens Commitment to Sustainability and Human Rig...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) today formalised strategic partnerships by signing …