SIARAN MEDIA
16 SEPTEMBER 2020, 8:00 malam
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa bekalan air kini telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna di 9 kawasan melibatkan Wilayah Kuala Langat and Sepang berikutan paip pecah di Bandar Sri Ehsan, berdekatan Masjid KLIA pada 15 September 2020.
Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air bagi memastikan kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual pulih sepenuhnya pada jam 10:00 malam ini.
Bagi para pengguna yang masih mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ini, bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki masih terus digerakkan ke kawasan-kawasan terlibat bagi membantu pengguna yang terjejas. Para pengguna yang ingin mendapatkan bantuan bekalan boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami di talian 15300.
Air Selangor menyarankan para pengguna untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangir di Google Play ata App Store untuk informasi terkini bekalan air. Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan.
-TAMAT-
ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd