8 OKTOBER 2020, 7:00 malam
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi pada 4 Oktober 2020.
Sehingga jam 6:00 petang hari ini, sejumlah 266 kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 274 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual dengan peratusan pemulihan keseluruhan pada tahap 97%. Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:
Wilayah |
Pemulihan Kawasan (%) |
Petaling |
94% |
Hulu Langat |
100% |
Kuala Langat |
90% |
Sepang & Putrajaya |
100% |
Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan 8 kawasan yang masih terjejas di Wilayah Petaling dan Kuala Langat. Senarai kawasan yang masih belum mendapat bekalan air seperti di Lampiran 1.
Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran – saluran komunikasi rasmi Air Selangor dengan merujuk aplikasi Air Selangor, media sosial Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.
– TAMAT –
LAMPIRAN 1
SENARAI KAWASAN YANG MASIH TERJEJAS PADA 8 OKTOBER 2020, 6:00 PETANG
KUALA LANGAT |
Bt 10 Kebun Baru |
Bt 9 Kebun Baru |
Telok Panglima Garang |
PETALING |
Bukit Serdang, BS 5/3-5/15, BS 5/20-5/28 & BS 6/1-6/8 |
Bukit Serdang, BS 9 – 13 |
Hospital Serdang |
Hospital UPM |
SK 1 & 13 |