13 OKTOBER 2020 3:30 Petang
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian injap di Loji Rawatan Air Sungai Sireh (LRA Sg Sireh) telah siap dilaksanakan pada jam 3:00 petang, hari ini.
Pada masa ini, Air Selangor sedang berusaha menstabilkan sistem agihan bekalan air untuk memastikan para pengguna menerima bekalan air bermula jam 6:00 petang, hari ini seperti yang dijadualkan.
Seperti yang dimaklumkan, 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 10:00 malam, hari ini.
Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
-TAMAT-