14 OKTOBER 2020
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan akan dilaksanakan di persimpangan di antara Jalan Indah 1 dan Jalan B48, Taman Desa Indah, pada 20 Oktober 2020 bermula jam 9:00 malam. Pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap ini akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air berjalan lancar dan semua peralatan berkaitan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum.
Berikutan kerja penggantian injap pada paip bekalan air ini, sebanyak 27 kawasan di Wilayah Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9:00 malam, 20 Oktober 2020 dan akan pulih sepenuhnya pada jam 5:30 petang, 21 Oktober 2020. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti Lampiran A.
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
Penambahbaikan infrastruktur sistem agihan bekalan air ini adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan tahap perkhidmatan terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.
-TAMAT-
LAMPIRAN A
WILAYAH KUALA LANGAT |
||
Kampung Kundang |
Kuarters Estate Gadong |
Kampung Batu Untung |
Tanjung Sepat New Village |
Kampung Batu Laut |
Taman Batu Untung |
Taman Pelangi |
Ladang Batu |
Taman Tanjung |
Taman Tanjung Sepat Indah |
Kampung Orang Asli Tanjung Sepat |
Taman Mutiara |
Ladang Bedford |
Kampung Tanjung Sepat Darat |
Kampung Tumbuk |
Kampung Tanjung Layang |
Berek Polis Tanjung Sepat |
Taman Kanchong Laut |
WILAYAH SEPANG |
||
Kampung Bukit Bangkong |
Kampung Hulu Teris |
Kampung Ulu Chuchoh |
Kampung Orang Asli Bukit Bangkong |
Tanjung Rhu |
Pekan Sungai Pelek |
Kem PKLS Hazliza Ulu Teris |
Taman Seri Sungai Pelek |
Kampung Baru Sungai Pelek |