SIARAN MEDIA – SEGERA
15 OKTOBER 2020 , 7:30 Pagi
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah yang berlaku berhampiran pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja, Klang semalam telah siap sepenuhnya pada jam 4:00 pagi ini.
Pengguna telah mula menerima bekalan air seawal jam 4:30 pagi dan pemulihan bekalan air ke 15 kawasan terjejas adalah secara berperingkat-peringkat berdasarkan jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.
Bekalan air di kawasan terlibat dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12:30 tengah hari, hari ini.
Air Selangor akan memaklumkan maklumat bekalan air dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.
-TAMAT-
ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd