STATUS TERKINI INSIDEN PAIP PECAH DISEBABKAN PIHAK KETIGA YANG MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KLANG/SHAH ALAM DAN KUALA LANGAT (17 Oktober 2020, 10:30 pagi)

17 Oktober 2020, 10:30 pagi

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini bekalan air di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat ekoran  kejadian paip pecah yang berlaku di kawasan pembinaan Worldwide Seksyen Seksyen U11, Shah Alam pada 16 Oktober 2020.

 

Sehingga jam 10:00 pagi ini, bekalan air telah pulih sepenuhnya di Wilayah Kuala Langat, manakala di Wilayah Klang/ Shah Alam pemulihan kawasan adalah pada tahap 84% dengan 8 kawasan masih dalam proses pemulihan, seperti berikut:

 

1. Jalan Raja Nong

2. Kampung Pulau Indah

3. Kampung Teluk Gong

4. Perindustrian Pulau Indah Fasa 2

5. Pulau Ketam

6. Taman Berjaya Kampung Jawa

7. Taman Sentosa

8. Taman Sri Andalas

 

Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air ke kawasan-kawasan tersebut dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 3:00 petang, hari ini.

 

Air Selangor akan memaklumkan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.                       

 

 

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Enhances Mobile Application and Website for A More Use...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) has recently upgraded its mobile application and website, specially designed …

default
Air Selangor Ready To Meet Water Needs To Support the Growth of Dat...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) welcomes the statement by the Prime Minister, YAB Dato’ Seri …

default
Air Selangor Strengthens Commitment to Sustainability and Human Rig...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) today formalised strategic partnerships by signing …