17 OKTOBER 2020 3:00 petang
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kesemua 59 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan kejadian paip pecah di kawasan pembinaan Worldwide Seksyen Seksyen U11, Shah Alam telah menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 3:00 petang ini.
Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran-saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram, serta laman sesawang kami di www.airselangor.com.
Sentiasa gunakan air secara berhemat.
-TAMAT-