SIARAN MEDIA – SEGERA
18 Oktober 2020, 8:30 pagi
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip air terawat yang pecah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah siap sepenuhnya pada jam 8.00 pagi ini.
Berikutan itu, loji rawatan air SSP1 telah memulakan operasi secara maksimum bagi memenuhi sistem utama bekalan air. Bekalan air ini kemudiannya akan disalurkan secara berperingkat-peringkat ke 686 kawasan di Wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor, yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini bermula jam 2.00 petang, 18 Oktober 2020.
Dalam pada itu, Air Selangor telah meningkatkan penyaluran air terawat daripada beberapa LRA lain, termasuk LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Wangsa Maju, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Nenas bagi mengurangkan impak gangguan bekalan air kepada para pengguna yang terjejas.
Air Selangor juga telah menggerakkan sebanyak 84 lori tangki air ke premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kawasan perumahan di kawasan-kawasan terjejas. Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui pili-pili awam yang disediakan untuk kemudahan pengguna yang memerlukan bekalan air semasa tempoh pemulihan bekalan air. Walaubagaimanapun, pengguna dinasihatkan mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air di pili-pili awam ini. Senarai pili-pili awam yang dibuka adalah seperti di Lampiran A.
Air Selangor akan memaklumkan pelan pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
– TAMAT –
LAMPIRAN A
SENARAI PILI AWAM YANG DISEDIAKAN MENGIKUT WILAYAH:
PETALING |
---|
Berhampiran McDonald’s Denai Alam Koordinat: 3.159927,101.512663 |
Berhampiran Stesen Minyak BHP Jalan Subang Airport Koordinat: 3.114114,101.567876 |
Persiaran Golf Saujana, Saujana Hyatt Koordinat: 3.102335,101.583155 |
Berhampiran Taman Permainan, Jalan 14/28 Koordinat: 3.110388,101.634245 |
KLANG |
---|
Persiaran Setia Murni Koordinat: 3.111362,101.450376 |
Depan Masjid Ar Rahimiah Andalas Koordinat: 3.021248,101.442858 |
Persiaran Astana, Bukit Raja Koordinat: 3.087969, 101.445781 |
GOMBAK |
---|
Lembah Jaya Selatan Koordinat: 3.139853,101.783995 |
AU3 Keramat Koordinat: 3.179890,101.753372 |
KUALA LUMPUR |
---|
Berhampiran Kuarters JKR Sg besi Koordinat: 3.103895, 101.686275 |
Jln Berjasa Koordinat: 3.153137, 101.686275 |
Berhampiran Sri Perdana, Jln Damansara Koordinat: 3.1742323, 101.6792684 |
IKIM Koordinat: 3.176210, 101.678507 |
HULU SELANGOR |
---|
Kg Kenanga berhampiran Ambank Rawang Koordinat: 3.314084, 101.578828 |
Berhadapan Pejabat Penghulu Taman Jati Rawang Koordinat: 3.305739,101.5847109 |