SIARAN MEDIA – SEGERA
18 Oktober 2020, 2:30 petang
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah beroperasi semula pada pagi ini dan bekalan air telah diagihkan ke sistem agihan bekalan air pada jam 12.00 tengah hari ini.
Air Selangor telah menyediakan pelan pemulihan bekalan air untuk 686 kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor. Jadual pelan pemulihan dibahagikan kepada dua kumpulan utama mengikut wilayah seperti berikut:
BIL. |
WILAYAH |
Kumpulan 1 |
Kumpulan 2 |
Pulih sepenuhnya pada |
Pulih sepenuhnya pada |
||
1 |
Petaling |
13 |
97 |
2 |
Klang/ Shah Alam |
5 |
58 |
3 |
Gombak |
147 |
121 |
4 |
Kuala Lumpur |
59 |
169 |
5 |
Hulu Selangor |
17 |
0 |
JUMLAH KAWASAN PULIH |
241 |
445 |
Jadual pelan pemulihan bekalan air mengikut kawasan adalah seperti di Lampiran A.
Oleh itu, Air Selangor memohon kerjasama para pengguna agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di semua kawasan terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan bekalan air.
Setakat ini, Air Selangor telah menggerakkan sebanyak 88 lori tangki air ke premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kawasan perumahan yang terjejas. Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui pili-pili awam yang disediakan semasa tempoh pemulihan bekalan air ini. Sila rujuk senarai pili-pili awam di laman sesawang www.airselangor.com. Para pengguna dinasihatkan mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air dari lori tangki dan di pili-pili awam.
Air Selangor akan memaklumkan status pelan pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
– TAMAT –