4 LOJI RAWATAN TELAH BEROPERASI SEMULA

11 NOVEMBER 2020, 7.30 PAGI

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 2:40 pagi, 11 November 2020 secara berperingkat-peringkat setelah bacaan 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut direkodkan.

 

Sehingga jam 7.00 pagi ini, keempat-empat LRA telah selesai melaksanakan aktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan di LRA bagi memastikan kualiti air yang dibekalkan adalah bersih dan selamat mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia. Air Selangor telah melakukan pengesahan kualiti air di setiap bahagian dalam proses rawatan air serta kolam-kolam imbangan dan telah disahkan tiada bau oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

 

Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan sebelum bekalan air dapat diagihkan kepada para pengguna. Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan setelah sistem agihan bekalan air distabilkan. Bekalan air dijangka akan mula diterima oleh pengguna pada jam 3.00 petang ini secara berperingkat-peringkat mengikut kedudukan kawasan dalam sistem agihan bekalan air.

 

Bantuan bekalan air alternatif yang telah dilaksanakan oleh Air Selangor akan diteruskan bagi membantu para pengguna yang terjejas termasuk menggerakkan sebanyak 111 lori tangki, menyediakan 14 pili awam dan membuka 17 Pusat Khidmat Setempat, serta mengagihkan air minum 5 liter.

 

Air Selangor akan memaklumkan pelan pemulihan gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.  

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Enhances Mobile Application and Website for A More Use...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) has recently upgraded its mobile application and website, specially designed …

default
Air Selangor Ready To Meet Water Needs To Support the Growth of Dat...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) welcomes the statement by the Prime Minister, YAB Dato’ Seri …

default
Air Selangor Strengthens Commitment to Sustainability and Human Rig...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) today formalised strategic partnerships by signing …