12 NOVEMBER 2020, 3:30 PETANG
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bersama Yang Berhormat Tuan Azmizam Zaman Huri, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang telah mengagihkan bantuan bekalan air minuman kepada para penduduk di Pangsapuri Arista, Bandar Parkland, Klang. Pada sesi berkenaan juga, Air Selangor memaklumkan status pemulihan bekalan air di 1,279 kawasan yang terlibat dengan gangguan air tidak berjadual setakat jam 3:00 petang, 12 November 2020.
Bekalan air telah mula disalurkan kepada para pengguna bermula jam 1.45 petang semalam, iaitu lebih awal daripada jangkaan kami. Sehingga jam 3:00 petang hari ini, pemulihan bekalan air berjalan lancar yang mana 1,110 (87%) kawasan telah pulih sepenuhnya. Manakala, 169 kawasan yang belum pulih akan menerima bekalan air secara berperingkat mengikut lokasi kawasan kediaman mereka. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3:00 petang esok, 13 November 2020. Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:
Wilayah |
Pemulihan Kawasan (%) |
Petaling |
99.3 % |
Klang/ Shah Alam |
70 % |
Gombak |
65 % |
Kuala Lumpur |
95 % |
Hulu Selangor |
91 % |
Kuala Langat |
80 % |
Kuala Selangor |
99.6 % |
Senarai kawasan yang masih belum pulih boleh didapati di Lampiran A.
Air Selangor juga ingin menekankan bahawa air yang dibekalkan kepada para pengguna telah melalui ujian kualiti air dan mematuhi standard Kementerian Kesihatan Malaysia.
Air Selangor juga berharap para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Kami akan terus memberikan sokongan penuh kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Kementerian Alam Sekitar dan Air serta pihak berkuasa yang lain dalam usaha kita untuk menghentikan jenayah alam sekitar yang akhirnya akan menyusahkan para pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Air Selangor memahami kekecewaan pengguna terutama mereka yang sedang membuat persiapan untuk menyambut perayaan Deepavali pada hari Sabtu ini. Kekecewaan ini bukan hanya kerana tiada air, tetapi kerana para petugas Air Selangor yang menyambut Deepavali juga perlu bertugas membantu para pengguna dan memastikan bekalan air dipulihkan segera. Kami ingin turut mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama baik yang telah diberikan oleh para pengguna kepada para petugas Air Selangor sepanjang misi bantuan bekalan air alternatif ini dilaksanakan.
Para pengguna disarankan untuk mendapatkan berita yang sahih mengenai bekalan air melalui saluran komunikasi rasmi kami di aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.
– TAMAT –
LAMPIRAN A – SENARAI KAWASAN YANG BELUM PULIH
PETALING |
---|
SS4 |
SS6 |
KLANG |
||
Bandar Baru Bukit Raja |
Kapar |
Seksyen 23 |
Bandar Parkland |
Kaw. Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman dan Perdana Ind. Park |
Seksyen 24 |
Berjaya Park |
Klang Sentral |
Seksyen 25 |
Bukit Kapar |
Kota Pendamar |
Sementa |
Bukit Kerayong |
Pangsapuri Sri Perantau |
Sungai Kapar Indah |
Bukit Naga |
Pelabuhan Utara |
Sungai Puloh |
Bulatan Bt 4-8 Jalan Bukit Kemuning |
Perepat |
Sungai Putus |
Cahaya SPK |
Perindustrian Pulau Indah Fasa 2 |
Sungai Sireh |
Desa Latania (Seksyen 36) |
Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1 |
Taman AMG Bt 5 Bukit Kemuning |
Jalan Bukit Rimau |
Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 2 |
Taman Bukit Rimau |
Jalan Kapar Bt 1 – 8 & Klang Utama |
Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 3 |
Taman Desa Kemuning |
Jalan Kebun |
Pulau Ketam |
Taman Kandis Permai |
Jalan Samarinda |
Seksyen 16 & Padang Jawa |
Taman Maznah |
Johan Setia |
Seksyen 17 |
Taman Samudera |
Kampung lombong |
Seksyen 18 |
Taman Subang Mas |
Kampung Pulau Indah |
Seksyen 19 |
Taman Suria Pendamar |
Kampung Sungai Kandis |
Seksyen 20 |
– |
Kampung Teluk Gong |
Seksyen 22 |
– |
GOMBAK |
||
Amber Hill |
Nusa Tropika |
Taman Permai Villa |
Ampang Avenue |
One Jelatek |
Taman Permata |
Ampang Jaya |
Pinggiran Ukay |
Taman Perwira Ampang |
Apartment Mesra Prima |
Riana Ukay |
Taman Pesona Villa |
Apartment Mesra Ria |
Riverdale Apt Bukit Antarabangsa |
Taman Rasmi Jaya |
Apartment Mesra Villa |
Saujana Melawati |
Taman Setapak Jaya |
Apartment Sri Nilam |
Seluruh Jalan Wangsa Perkasa |
Taman Setia Hill |
Beverly Heights |
Sering Ukay |
Taman Setiawangsa |
Bukit Antarabangsa |
Sierra Ukay |
Taman Sri Ampang |
Bukit Jubina |
Sunway Kayangan |
Taman Sri Bayu |
Bukit Melawati |
Sunway Melawati |
Taman Sri Merdeka |
Bukit Mewah |
Taman Ampang Mewah |
Taman Sri Rampai |
Bukit Mulia |
Taman Ampang Prima |
Taman Sri Raya |
Bukit Setiawangsa |
Taman Andaman Ukay |
Taman Sri Ukay |
Casa Rimba |
Taman Bandar Baru Ampang |
Taman Sri Watan |
Desa Haras Hulu Kelang |
Taman Bukit Ampang |
Taman Tasek Tambahan |
Desa Hussein Onn |
Taman Bukit Indah |
Taman Uda Jaya |
Desa Setapak |
Taman Bukit Jaya |
Taman Ukay Indah |
Finas |
Taman Bukit Utama & Puncak Bukit Utama |
Taman Ukay Perdana |
Hillside Estate |
Taman Cahaya Indah |
Taman Villa Sri Ukay |
Jalan Jelatek |
Taman Dagang Permai |
Taman Wangsa Ukay |
Kampung Ampang Campuran |
Taman Damai Sari |
Taman Zoo View |
Kampung Ampang Indah |
Taman Desa Pendidik |
Tiara Kemensah |
Kampung Indah Permai |
Taman Fairuza Ampang |
Tinjani Ukay |
Kampung Kemensah |
Taman Grandview Ampang |
Tropika Kemensah |
Kampung Muhibbah |
Taman Halaman |
Twin Palm Kemensah |
Kampung Pasir Hulu Kelang |
Taman Kelab Ukay |
Ukay Bistari |
Kampung Sungai Sering |
Taman Kemensah Heights |
Ukay Bolevad Hulu Kelang |
Kampung Tasek Permai |
Taman Kemensah Indah |
Ukay Prima |
Kemensah Residency |
Taman Kesuma |
Ukay Seraya |
Keramat Hujung |
Taman Kosas |
Ukay Tropika |
Melawati Mall |
Taman Melawati |
Zoo Negara |
Nadayu Melawati |
Taman Permai Jaya Ampang |
– |
KUALA LUMPUR |
||
Bangsar |
Masjid Asy-Syakirin |
Taman Segambut Jaya |
Bukit Persekutuan |
Menara Maxis |
Taman Sejahtera |
Jalan Gurney |
Sebahagian Bukit Damansara |
Taman Sri Sinar |
Jalan Melaka |
Taman Dato Senu |
Taman Tasik Perdana (Taman Botani Perdana) |
HULU SELANGOR |
Rawang Perdana |
Sebahagian Bukit Rawang Putra (FLAT) |
KUALA LANGAT |
Bt 9 Sijangkang & Bt 9 Kampung Medan |
Taman Bentara, Bt 9 Kebun Baru |
KUALA SELANGOR |
Bukit Kerayong |