9 DISEMBER 2020, 7:00 malam
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini bekalan air di tujuh wilayah yang terjejas iaitu di Petaling, Klang/ Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 pada 8 Disember 2020 disebabkan oleh pencemaran air mentah di Sungai Selangor.
Sehingga jam 6:00 petang tadi, bekalan air telah stabil di 805 (93.5%) kawasan dari 861 kawasan yang terjejas. Usaha menstabilkan agihan bekalan air terus giat dilakukan bagi memastikan 56 kawasan yang masih lagi terjejas di Wilayah Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Langat mendapat bekalan air. Senarai kawasan yang masih terjejas adalah seperti di Lampiran A.
Peratusan kawasan yang telah stabil mengikut wilayah adalah seperti berikut:
Wilayah |
Pemulihan Kawasan (%) |
Petaling |
100% |
Klang/ Shah Alam |
91.6% |
Gombak |
85.6% |
Kuala Lumpur |
100% |
Hulu Selangor |
100 % |
Kuala Langat |
90% |
Kuala Selangor |
100% |
Bantuan bekalan air alternatif melalui pili – pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang masih lagi tejejas. Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki, PKS dan pili-pili awam yang disediakan.
Maklumat bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.
– TAMAT –
LAMPIRAN A – SENARAI KAWASAN YANG BELUM STABIL DI WILAYAH PETALING, KLANG, SHAH ALAM, KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR DAN KUALA LANGAT BERIKUTAN PENCEMARAN SUNGAI SELANGOR PADA 8 DISEMBER 2020
WILAYAH KLANG |
||
Jalan Raja Nong | Pulau Ketam | Taman Sentosa |
Kampung Pulau Indah | Taman Samudera | Taman Sri Andalas |
Perindustrian Pulau Indah Fasa 2 |
WILAYAH SHAH ALAM |
||
Seksyen 16 & Padang Jawa | Seksyen 19 | Seksyen 24 |
Seksyen 17 | Seksyen 20 | Seksyen 25 |
Seksyen 18 | Seksyen 22 |
WILAYAH GOMBAK |
||
Ampang Avenue | Taman Andaman Ukay | Taman Kesuma |
Apartment Mesra Prima | Taman Bandar Baru Ampang | Taman Permai Jaya Ampang |
Apartment Mesra Ria | Taman Bukit Ampang | Taman Permai Villa |
Apartment Mesra Villa | Taman Cahaya Indah | Taman Sri Ampang |
Apartment Sri Nilam | Taman Dagang Permai | Taman Sri Bayu |
Bukit Mulia | Taman Desa Pendidik | Taman Sri Merdeka |
Kampung Ampang Campuran | Taman Fairuza Ampang | Taman Sri Raya |
Kampung Ampang Indah | Taman Halaman | Taman Sri Watan |
Kampung Indah Permai | Taman Kelab Ukay | Taman Tasek Tambahan |
Kampung Muhibbah | Taman Keramat AU1 | Tinjani Ukay |
Kampung Sungai Sering | Taman Keramat AU2 | Ukay Seraya |
Kampung Tasek Permai | Taman Keramat AU3 | Ukay Tropika |
Sering Ukay | Taman Keramat AU4 | |
Taman Ampang Mewah | Taman Keramat AU5 |
WILAYAH KUALA LANGAT |
Batu 9 Sijangkang & Batu 9 Kampung Medan |