AIR SELANGOR ANJUR VIRTUAL HYDRO RUN 2021, MENINGKATKAN KESEDARAN ORANG RAMAI TENTANG KEPENTINGAN MEMELIHARA SUMBER AIR

10 APRIL 2021

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini secara rasminya melancarkan Air Selangor Virtual Hydro Run 2021 iaitu acara larian secara maya yang mana hasil jualan tiket penyertaan akan disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan alam sekitar, Friends of River (FOR). Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang kepentingan untuk memulihara dan melindungi sumber air seperti sungai, tasik-tasik dan kolam-kolam air.

 

“Pandemik COVID-19 telah merubah banyak perkara-perkara normal yang kita pernah lakukan sebelum ini. Justeru, Air Selangor mengajak orang ramai untuk menyertai acara larian secara maya ini untuk kekal sihat dan dalam masa yang sama menjaga sumber air kita yang amat bernilai. Oleh itu, mempelajari kepentingan usaha pemuliharaan air adalah amat penting.”

 

Program larian maya ini akan berlangsung selama sebulan dan pendaftaran bermula pada 10 April sehingga 10 Mei 2021 melalui platform JomRun dengan sasaran untuk menarik penyertaan seramai 5,000 pelari yang berminat dari seluruh Malaysia. Acara ini dibuka dalam dua (2) kategori iaitu 5 kilometer dan 21 kilometer yang mana jumlah larian ini boleh dilakukan secara terkumpul. Tiket penyertaan bagi acara 5km adalah RM10.00 dan 21km pula adalah RM25.00. 200 peserta awal akan diberikan hadiah khas daripada Air Selangor.

 

Semua peserta yang mendaftar akan menerima kit larian yang mengandungi baju larian rasmi, pingat, e-bib dan e-sijil. Mereka yang menyelesaikan larian 21km akan memperolehi Finisher T yang sangat istimewa daripada Air Selangor.

 

Para peserta boleh memulakan larian mereka bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2021. Para peserta boleh merekod larian mereka menggunakan aplikasi seperti JomRun, Strava, Google Fit, Polar Beat and Apple Health.

 

Untuk merancakkan lagi program ini, aktiviti cabutan bertuah dalam talian akan dijalankan untuk memilih pemenang bagi pertandingan sampingan seperti perkongsian e-bib di laman Facebook JomRun, kempen ‘Like, Share & Tag’ entri Air Selangor Virtual Hydro Run 2021 di media sosial, muat naik bingkai digital Air Selangor Virtual Hydro Run 2021 di laman Facebook dan perkongsian penyertaan Air Selangor Virtual Hydro Run 2021 di aplikasi TikTok dengan video atau gambar paling kreatif untuk semua peserta yang telah mendaftar. Pemenang pertandingan akan membawa pulang hadiah-hadiah istimewa yang menarik.

 

Air Selangor ingin mengajak orang ramai untuk mendaftar dan menyertai Virtual Hydro Run 2021 dengan merujuk ke aplikasi telefon JomRun dan laman sesawang di www.airselangor.com.

 

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Enhances Mobile Application and Website for A More Use...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) has recently upgraded its mobile application and website, specially designed …

default
Air Selangor Ready To Meet Water Needs To Support the Growth of Dat...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) welcomes the statement by the Prime Minister, YAB Dato’ Seri …

default
Air Selangor Strengthens Commitment to Sustainability and Human Rig...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) today formalised strategic partnerships by signing …