Syarat-Syarat Penyertaan

Untuk mengambil bahagian, sekolah yang layak hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut:-

  • Rakam video kreatif bersama pelajar-pelajar sekolah anda, menceritakan idea terbaik anda untuk menjimatkan air dalam usaha menangani perubahan iklim bagi masa depan yang lestari.
  • Muat naik dan kongsi video anda di Facebook atau Instagram rasmi sekolah (jika tiada, anda boleh menggunakanFacebook atau Instagram guru sekolah anda).
  • Tulis kapsyen yang menarik dan jangan lupa sertakan ‘hashtag’ #AirSelangor #AirSelangorXBoBoiBoy #MisiJimatAirBersamaBoBoiBoy
  • Pastikan akaun Facebook atau Instagram rasmi sekolah (jika tiada, Facebook atau Instagram guru sekolah) anda tidak dilaraskan pada tetapan peribadi.
  • Layari laman sesawang airselangor.com/airselangorxbobolboy dan isi maklumat anda dalam borang yang disediakan.
  • Kongsi impian sekolah anda yang merangkumi elemen kelestarian.

Kongsi impian sekolah anda yang merangkumi elemen kelestarian

Air Selangor dan BoBoiBoy Air

Dalam dunia yang dilanda pelbagai ancaman alam sekitar yang tidak terduga, di situ terbit sinar harapan, seorang adiwira untuk melindungi sumber bumi kita yang paling berharga — AIR. Dengan sifat penyayang dan sensitif untuk menjaga alam sekitar, adiwira ini menyeru kita semua untuk bergabung dalam memerangi pencemaran air dan tabiat penggunaan air yang memudaratkan kita semua serta bersedia untuk menghadapi perubahan iklim – semuanya hanya untuk memastikan bekalan air yang lestari untuk semua.

Memiliki “kuasa air” atau ‘hydrokinesis’ – keupayaan untuk mengawal dan memanipulasi air, adiwira ini merupakan elemental yang paling tenang dan santai yang akan memimpin kita sebagai suri teladan dalam penggunaan air yang lestari di sekolah, rumah, pejabat atau di mana-mana sahaja. Adiwira ini adalah BoBoiBoy Air dan dia akan mendidik, memberi inspirasi dan memperkasakan ANDA untuk bersama membuat perubahan melalui cara yang inovatif lagi mudah untuk menjimatkan air.

Dengan kolaborasi bersama penyedia perkhidmatan air terbesar Malaysia, Air Selangor, misi BoBoiBoy Air adalah jelas iaitu untuk memulihara air dan memastikan Setiap Titis, Bermakna.

Sertai misi ini dan turut bersama menjadi adiwira pemuliharaan air! Muat turun Buku Panduan Air, rujukan utama BoBoiBoy Air mengenai pemuliharaan air.

Buku Aktiviti BoBoiBoy Air

Terokai beberapa aktiviti menarik sambil belajar tentang pemuliharaan air daripada Buku Aktiviti BoBoiBoy Air.

Senarai Tontonan Video BoBoiBoy Air

Terokai senarai tontonan video kami untuk menonton aksi BoBoiBoy Air yang menarik dan mencuit hati! Kandungannya yang penuh keseronokan bukan sahaja menghiburkan tetapi juga direka untuk menjadikan pembelajaran tentang pemuliharaan air sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan.

Drama Radio Hydro Squad Air Selangor

Tolong! Penduduk Taman Air Hangat dilanda banjir!

Oh no! Apa nak buat? Nak tahu apa sebenarnya yang terjadi? Ikuti Drama Radio Hydro Squad Air Selangor dibintangi oleh Johan (YB), Fara Fauzana (Kak Mun) dan AG (Rashid)

Komik Digital BoBoiBoy Air

Padat dengan aksi yang mendebarkan dan adegan dinamik yang dipersembahkan dalam bentuk grafik dan visual animasi, siri BoBoiBoy Air kini tersedia dalam komik bergerak yang boleh dimuat turun secara percuma. Ia mempunyai grafik animasi dan visual yang menonjol daripada seni komik statik. Bagi mereka yang sukakan penceritaan visual secara imaginatif, gabungan animasi dan seni ini telah menghidupkan watak BoBoiBoy Air.

Anugerah dan Pencapaian

Kolaborasi Air Selangor dengan Animonsta Studios untuk menghidupkan BoBoiBoy Air menerusi siri animasi telah memenangi pelbagai anugerah berprestij. Setiap anugerah menunjukkan sokongan penonton, serta kerja keras dan komitmen pasukan kami untuk menerbitkan kandungan penceritaan yang menarik dan penyampaian mesej untuk mengajak orang ramai bersama dalam pemuliharaan air.

Ketahui lebih lanjut dan terokai anugerah yang telah kami perolehi sepanjang perjalanan kami bersama BoBoiBoy Air.

Untuk kandungan lebih lanjut mengenai Air Selangor X BoBoiBoy Klik Di Sini