13 OKTOBER 2020 10:00 Malam
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kesemua 28 kawasan di Wilayah Kuala Selangor yang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penggantian injap di Loji Rawatan Air Sungai Sireh (LRA Sg Sireh) telah menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 10:00 malam ini.
Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran-saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram, serta laman sesawang kami di www.airselangor.com.
Sentiasa gunakan air secara berhemat.
-TAMAT-