Tadbir Urus Korporat
Air Selangor komited sepenuhnya terhadap standard tertinggi tadbir urus korporat di samping meneruskan visi dan misi syarikat dalam memberikan pengalaman terbaik kepada para pelanggan di dalam usahanya menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di Asia menjelang tahun 2030.
Lembaga Pengarah mengiktiraf kepentingan tadbir urus dan memainkan peranan aktif dalam mentadbir amalan dan rangka kerja tadbir urus Syarikat bagi memastikan keupayaansyarikat untuk terus kekal relevan dalam menghadapi cabaran di masa hadapan.
Piagam Lembaga Pengarah
Piagam Lembaga Pengarah menetapkan peranan dan tanggungjawab Pengerusi, Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Lembaga Pengarah serta Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Syarikat dalam menegakkan standard dan amalan tadbir urus korporat yang kukuh. Piagam Lembaga Pengarah mencerminkan prosedur Lembaga Pengarah dan perkara yang dikhaskan untuk pertimbangan dan kelulusan Lembaga Pengarah.
Kod Tingkah Laku dan Etika untuk Pengarah (Kod)
Kod ini menetapkan standard profesional di dalam tingkah laku korporat dan individuyang diperlukan daripada Pengarah Syarikat.
Terma Rujukan
Terma Rujukan Jawatankuasa Audit (BAC)
Memastikan tadbir urus korporat, kawalan dalaman dan amalan pelaporan kewangan luaran yang berkesan. BAC juga mengawasi bidang tugas juruaudit dalaman, fungsi integriti dan tadbir urus serta memastikan hubungan yang objektif dan profesional dengan juruaudit luar.
Terma Rujukan Jawatankuasa Pencalonan & Imbuhan (BNRC)
Menetapkan tugas BNRC dalam menguruskan proses pencalonan dan imbuhanuntuk Lembaga Pengarah, serta lain-lain Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan Syarikat.
Terma Rujukan Jawatankuasa Risiko & Kelestarian (BRSC)
Menetapkan tugas dan tanggungjawab BRSC dalam mengawasi keberkesananrangka kerja pengurusan risiko dan polisi berkaitan risiko serta integrasikelestarian ke dalam strategi korporat dan di dalam membuat keputusanSyarikat.
Terma Rujukan Jawatankuasa Perolehan (BPC)
BPC ditubuhkan untuk menyemak dan meluluskan cadangan perolehan bagipenganugerahan dan perubahan kerja mengikut Garis Panduan PerolehanSyarikat yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Terma Rujukan inimemastikan ketelusan, keadilan, etika perniagaan yang baik serta tiadadesakan dalam proses membuat keputusan yang berkaitan dengan semuaurusan perolehan sebelum sebarang kelulusan atau pengesyoran dibuat.
Dasar & Prosedur Imbuhan
Dasar & Prosedur Imbuhan ini bertujuan untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan individu yang berkaliber dan berbakat di peringkat Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan Syarikat untuk memacu matlamat dan strategi perniagaan Syarikat bagi memastikan kemampanan perniagaan bagijangka masa panjang.