INSIDEN PAIP PECAH OLEH PIHAK KETIGA YANG MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KLANG/SHAH ALAM

SIARAN MEDIA – SEGERA

12 OKTOBER 2020, 8:00 MALAM

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan kejadian paip pecah telah berlaku di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam pada 12 Oktober 2020, disebabkan oleh pihak ketiga.

Justeru itu, bekalan air akan ditutup pada jam 9:00 malam, 12 Oktober 2020 bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dan ianya dijangka siap pada jam 9:00 pagi, 13 Oktober 2020.

Berikutan itu, 6 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, yang melibatkan para pengguna di Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25, Shah Alam.

Bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 3:00 petang, 13 Oktober 2020. Para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila bekalan air disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.   

 

 

-TAMAT-

 

 

ELINA BASERI

Ketua Komunikasi Korporat

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

Related posts

default
Air Selangor Enhances Mobile Application and Website for A More Use...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) has recently upgraded its mobile application and website, specially designed …

default
Air Selangor Ready To Meet Water Needs To Support the Growth of Dat...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) welcomes the statement by the Prime Minister, YAB Dato’ Seri …

default
Air Selangor Strengthens Commitment to Sustainability and Human Rig...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) today formalised strategic partnerships by signing …

Close