Air Selangor prihatin dengan individu yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik COVID-19. Air Selangor kini menawarkan tajaan Program Kursus Kemahiran Perantis Tukang Paip kepada mereka yang berminat untuk menerokai peluang kerjaya baharu dengan penerapan kemahiran asas teknikal seperti pertukangan paip yang melibatkan pemasangan, penyenggaraan dan pembaikan paip.
Air Selangor bekerjasama dengan Akademi Binaan Malaysia (ABM), sebuah agensi yang merupakan pusat penilaian dan latihan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), yang memenuhi keperluan untuk pembangunan dan peningkatan kemahiran di kalangan pekerja binaan bagi memastikan tahap kemahiran kursus yang diberikan kepada peserta adalah diiktiraf dan tenaga pengajar yang berkemahiran serta bertauliah.
Air Selangor berharap melalui program ini, individu yang terjejas mendapat ruang dan peluang baharu untuk menjana pendapatan sekaligus menjadikan tukang paip sebagai kerjaya yang lebih menjamin masa hadapan.