5 October 2020 1:00 Tengah Hari
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi masih belum beroperasi sepenuhnya ekoran insiden pencemaran air mentah. Sehingga jam 12:30 tengah hari, pencemaran masih lagi dikesan di Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan dan berada pada tahap 18 TON, manakala bacaan di muka sauk LRA Sungai Semenyih adalah pada 9 TON dan bacaan di muka sauk LRA Bukit Tampoi pada 8 TON. Buat masa ini, pihak-pihak yang bertanggungjawab masih belum dapat mengenalpasti punca pencemaran.
Henti tugas ini menyebabkan Air Selangor tidak dapat menghasilkan air sebanyak 602 juta liter sehari untuk dibekalkan kepada para pengguna di 274 kawasan dan gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka akan mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya kerana kedua-dua loji telah dihenti tugas selama 20 jam.
Sejak jam 8.00 pagi tadi, Air Selangor telah menggerakkan sebanyak 64 lori tangki air ke premis-premis kritikal, sekolah-sekolah serta kawasan perumahan yang terjejas. Sebanyak 14 tangki statik, 7 stesen pengisian setempat, 9 PKS dan 10 pili awam juga disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terjejas. Senarai kawasan pili awam dan PKS seperti di Lampiran A.
Air Selangor menyarankan kepada pengguna-pengguna untuk mengambil bekalan air bersih di pili-pili awam kerana bantuan melalui lori-lori tangki air adalah diutamakan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dan bantuan bekalan air bersih di Pusat Khidmat Setempat yang telah disediakan.
Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.
-TAMAT-
SUHAIMI KAMARALZAMAN
Ketua Pegawai Eksekutif
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
1
LAMPIRAN A
WILAYAH |
LOKASI PKS |
LOKASI PILI AWAM |
Petaling |
USJ 4/5 (Koordinat: 3.0519180, 101.5753938) |
Masjid Puchong Perdana (Koordinat: 3.010279, 101.608306) |
Taman Wawasan (Koordinat: 3.034391, 101.623609) |
Depoh MPSJ TP2, hadapan depoh MPSJ (Koordinat: 3.045194, 101.566097) |
|
PSK 9, Seri Kembangan (Koordinat: 3.0162582, 101.6988053) |
USJ 3A (Koordinat: 3.059964, 101.578238) |
|
– |
Kompleks 3K SS 13 (Koordinat: 3.070589, 101.59331) |
|
– |
Kompleks 3K SS 13 (Koordinat : 3.070589, 101.59331) |
|
Hulu Langat |
Berdekatan Masjid Kariah Bangi, Jalan Bangi Lama, Bangi (Koordinat: 2.900848,101.785512) |
Berhampiran Petronas Unikeb, Jalan 1/1 Bdr Baru Bangi (Koordinat: 2.9422500, 101.7672576) |
Berhadapan Kedai Nasi Kukus To'we, Jalan Kesuma 3/1, Bandar Tasik Kesuma, Beranang (Koordinat: 2.905905.101.866013) |
– |
|
Kuala Langat |
Petronas Olak Lempit (Koordinat : 2.833417, 101.606255) |
Di hadapan Tangki Air Bandar Sungai Emas, Jalan Emas 15, Bandar Sungai Emas (Koordinat: 2.822118,101.533448) |
Jalan Gangsa TPG (Koordinat : 2.900801, 101.4740171) |
Di hadapan Masjid Al-Islah, Kampung Sawah, Banting (Koordinat: 2.865313,101.457257) |
2
Sepang |
Putrajaya Central, bersebelahan dengan stesen ERL/Hospital Putrajaya (Koordinat : 2.9332771,101.6706183) |
Pekan Salak, landmark: Pasar Awam Pekan Salak (Koordinat : 101°41'20.671""E, 2°51'28.43""N") |
Masjid Taman Putra Perdana, Puchong (Koordinat : 2.944167,101.611389) |
Pasar Pekan Dengkil, landmark: Pasar Awam Pekan Dengkil (Koordinat : 2°51'19""N, 101°40'50""E") |
|
–
|
Taman gemilang, landmark: Dewan Orang Ramai Taman Gemilang (Koordinat : 101°41'20.67""E, 2°51'28.43""N") |