PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN INJAP PADA AGIHAN BEKALAN AIR DI PEKAN SEPANG LAMA YANG BAKAL MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL SELAMA DUA PULUH JAM SETENGAH PADA 24 NOVEMBER 2020

24 November 2020, 7:00 malam

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama akan bermula pada jam 9:00 malam, hari ini seperti yang dijadualkan.

Berikutan pelaksanaan kerja-kerja ini, 27 kawasan melibatkan Wilayah Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 20 jam 30 minit. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti di Lampiran A.

Kerja-kerja penggantian injap akan siap dilaksanakan pada jam 5:30 pagi, 25 November 2020. Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna setelah kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan dan bekalan air di 27 kawasan di wilayah Kuala Langat dan Sepang dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 5:30 petang, 25 November 2020.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor di talian 15300.

 

-TAMAT-

LAMPIRAN A

 

 

SENARAI KAWASAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL PADA 24 – 25 NOVEMBER 2020 BERIKUTAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN INJAP PADA PAIP AGIHAN DI PEKAN SEPANG LAMA

 

WILAYAH KUALA LANGAT

Kampung Kundang

Kuarters Estate Gadong

Kampung Batu Untung

Tanjung Sepat New Village

Kampung Batu Laut

Taman Batu Untung

Taman Pelangi

Ladang Batu

Taman Tanjung

Taman Tanjung Sepat Indah

Kampung Orang Asli Tanjung Sepat

Taman Mutiara

Ladang Bedford

Kampung Tanjung Sepat Darat

Kampung Tumbuk

Kampung Tanjung Layang

Berek Polis Tanjung Sepat

Taman Kanchong Laut

 

 

 

WILAYAH SEPANG

Kampung Bukit Bangkong

Kampung Hulu Teris

Kampung Ulu Chuchoh

Kampung Orang Asli Bukit Bangkong

Tanjung Rhu

Pekan Sungai Pelek

Kem PKLS Hazliza Ulu Teris

Taman Seri Sungai Pelek

Kampung Baru Sungai Pelek

 

 

 

 

Related posts

default
Air Selangor Enhances Mobile Application and Website for A More Use...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) has recently upgraded its mobile application and website, specially designed …

default
Air Selangor Ready To Meet Water Needs To Support the Growth of Dat...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) welcomes the statement by the Prime Minister, YAB Dato’ Seri …

default
Air Selangor Strengthens Commitment to Sustainability and Human Rig...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) today formalised strategic partnerships by signing …