Sejajar dengan usaha kami untuk mengurangkan risiko penyebaran Covid-19, tempoh operasi Kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor yang bermula daripada jam 9:00 pagi hingga 1:00 petang akan dilanjutkan sehingga ke 15 Mac 2022
Kami ingin menggalakkan para pelanggan kami untuk berurusan secara dalam talian bagi pembayaran bil air, permohonan pertukaran hak milik dan hal-hal berkaitan. Langkah ini dapat mengurangkan penyebaran dan risiko jangkitan Covid-19.
Mari sama-sama membendung penularan Covid-19 dengan berurusan secara dalam talian.