Air Selangor amat memahami kesusahan pengguna yang kurang mampu untuk menampung kos membaiki paip dalaman individu di rumah. Bermula 14 Ogos 2020, Air Selangor menyediakan kemudahan kepada golongan kurang mampu untuk memohon tajaan membaiki paip bocor kepada pengguna yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Kos Rendah dan Perumahan Luar Bandar.
Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Setiap pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Air Selangor. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, muat turun borang dan syarat-syarat kelayakan sekarang!