SEMUA WARGA KERJA AIR SELANGOR JALANI UJIAN SARINGAN COVID-19

5 NOVEMBER 2020

 

Kuala Lumpur –  Bermula hari ini, lebih 4,900 warga kerja Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan menjalani ujian saringan kesihatan COVID-19 secara berperingkat-peringkat. Air Selangor telah bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi Program Saringan Prihatin (PSP), bagi  membolehkan Air Selangor mengambil tindakan untuk menangani penularan jangkitan wabak ini serta menjamin keselamatan dan kesihatan warga kerja serta para pelanggan seterusnya memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

 

Air Selangor melalui panel perkhidmatan yang dilantik Perkeso iaitu BP Healthcare, menjalankan ujian saringan di ibu pejabat Air Selangor serta semua pejabat wilayahnya. Ujian saringan ini dibahagikan kepada dua kumpulan bagi memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi.

 

Sesi ujian saringan bagi kumpulan pertama melibatkan 3,231 orang warga kerja barisan hadapan Air Selangor menjalani ujian saringan kumpulan pertama  yang didahului oleh Suhaimi Kamaralzaman, Ketua Pegawai Eksekutif, serta pengurusan kanan, pegawai pembaca meter, pegawai kaunter khidmat pelanggan dan polis bantuan yang bertugas di pejabat-pejabat wilayah, loji rawatan air, serta di ibu pejabat Air Selangor bermula hari ini sehingga 12 November 2020. Manakala sesi kumpulan kedua bagi 1,757 warga kerja selebihnya akan dijalankan pada minggu ketiga bulan November.

 

Air Selangor juga telah membentuk satu pasukan khas di bawah Seksyen Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) pada 12 Mac 2020 lalu untuk membantu warga kerja dalam berkongsi maklumat terkini serta menjawab sebarang pertanyaan mengenai COVID-19. Pasukan ini juga telah menjalankan proses sanitasi dan nyahkuman mengikut prosedur dan menggunakan syarikat sanitasi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan prosedur sanitasi di semua premis Air Selangor dipatuhi. Air Selangor juga sentiasa memastikan kepatuhan terhadap peraturan  untuk melindungi kesihatan dan keselamatan para pekerja  serta pelanggan.

 

Sebagai salah satu daripada pembekal perkhidmatan penting negara, Air Selangor memainkan peranan kritikal dalam bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah berterusan untuk kegunaan harian termasuk membersihkan diri bagi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19.

 

Maklumat terkini berkenaan Air Selangor serta bekalan air boleh didapati di semua medium komunikasi rasmi kami iaitu Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor, dan aplikasi telefon pintar Air Selangor serta laman sesawang www.airselangor.com.

Related posts

default
Air Selangor Enhances Mobile Application and Website for A More Use...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) has recently upgraded its mobile application and website, specially designed …

default
Air Selangor Ready To Meet Water Needs To Support the Growth of Dat...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) welcomes the statement by the Prime Minister, YAB Dato’ Seri …

default
Air Selangor Strengthens Commitment to Sustainability and Human Rig...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) today formalised strategic partnerships by signing …