STATUS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH PETALING, HULU LANGAT, KUALA LANGAT, SEPANG DAN PUTRAJAYA

7 OKTOBER 2020, 7:30 pagi

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi pada 4 Oktober 2020.

 

Sehingga jam 6:00 pagi hari ini, sejumlah 46 kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 274 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual dengan peratusan pemulihan pada tahap 17%. Justeru itu, sebanyak 228 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan di wilayah yang terjejas iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya.

 

Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan yang masih terjejas.

 

Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:

 

Wilayah

Pemulihan Kawasan (%)

Petaling

37%

Hulu Langat

0%

Kuala Langat

55%

Sepang/Putrajaya

0%

 

 

Senarai kawasan yang telah pulih seperti di Lampiran 1.

 

Para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.

 

Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran – saluran komunikasi rasmi Air Selangor dengan merujuk aplikasi Air Selangor, sosial media Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

– TAMAT –

 

SENARAI KAWASAN YANG TELAH PULIH PADA 7 OKTOBER 2020, 6:00 PAGI

 

PETALING

Puchong Gateway

Taman Jinma

Serdang Perdana, SP 1-5

Serdang Lama

Taman Kembangsari

Pekan Seri Kembangan

Pasar Borong Selangor

KTM Serdang

Bdr Puchong Utama, BPU 1&2

Taman wawasan

 Taman Perindustrian Puchong, TPP 1-6

Jalan Bandar 3-20, Pst Bdr Puchong

Taman Sri Puchong

Jalan Merbah, Bdr Puchong Jaya

Jalan Tempua & Serindit, Bdr Puchong Jaya

Kampung Sri Aman

Kampung Sri Langkas & Kampung Bersatu Puchong

Taman Puchong Intan

Kg Kenangan Puchong

Puchong Utama 1 – 12

Bandar Bukit Puchong 1 – 7

Taman Puchong Prima

Taman Puchong Hartamas

Taman Mutiara Puchong

Kondo Desa millenia

Institut Pertanian Serdang

MARDI

Taman Dato' Demang

Nahrim

Astro

 

 

KUALA LANGAT

Bandar Brooklands

Bandar Mahkota

Bandar Seri Ehsan

Taman Langat Murni

Taman Langat Utama

Taman Murnimas

RTB Bkt Changgang

Taman Arked

Jalan Banting Dengkil, Kg Olak Lempit

Jalan Banting Dengkil, Kg Bukit Changgang

Kg Olak Lempit

Kg Labohan Dagang

Taman Seri Dagang

Kg Bukit Changgang

Taman Ambar

Pusat Serenti

 

 

Related posts

default
Air Selangor Enhances Mobile Application and Website for A More Use...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) has recently upgraded its mobile application and website, specially designed …

default
Air Selangor Ready To Meet Water Needs To Support the Growth of Dat...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) welcomes the statement by the Prime Minister, YAB Dato’ Seri …

default
Air Selangor Strengthens Commitment to Sustainability and Human Rig...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) today formalised strategic partnerships by signing …