8 OKTOBER 2020, 1:00 tengah hari
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi pada 4 Oktober 2020.
Sehingga jam 12:00 tengah hari ini, sejumlah 259 kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 274 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual dengan peratusan pemulihan keseluruhan pada tahap 95%. Justeru itu, sebanyak 15 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan di wilayah yang terjejas iaitu Petaling, Hulu Langat, dan Kuala Langat. Senarai kawasan yang masih terjejas seperti di Lampiran 1.
Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:
Wilayah |
Pemulihan Kawasan (%) |
Petaling |
90% |
Hulu Langat |
95% |
Kuala Langat |
86% |
Sepang & Putrajaya |
100% |
Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan yang masih terjejas.
Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran – saluran komunikasi rasmi Air Selangor dengan merujuk aplikasi Air Selangor, media sosial Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.
– TAMAT –
LAMPIRAN 1
SENARAI KAWASAN YANG MASIH TERJEJAS PADA 8 OKTOBER 2020, 12:00 TENGAH HARI
HULU LANGAT |
||
Bandar Bukit Mahkota |
Bandar Puteri Bangi |
Taman Gita Bayu |
KUALA LANGAT |
Bandar Rimbayu |
Bt 10 Kebun Baru |
Bt 9 Kebun Baru |
Telok Panglima Garang |
PETALING |
Apartment Megaria |
Bukit Serdang, BS 5/3-5/15, BS 5/20-5/28 & BS 6/1-6/8 |
Bukit Serdang, BS 9 – 13 |
Hospital Serdang |
Hospital UPM |
SK 1 & 13 |
Jln BS 7/10 |