SIARAN MEDIA – SEGERA
13 OKTOBER 2020, 7:00 PAGI
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah yang disebabkan oleh pihak ketiga di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam telah siap lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada jam 12:35 tengah malam, 13 Oktober 2020.
Berikutan kerja-kerja pembaikan telah siap lebih awal daripada yang dijadualkan, bekalan air telah disalurkan semula ke semua kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9:00 pagi.
Para pengguna boleh mendapatkan informasi terkini bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.
– TAMAT –
ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd