STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KLANG/SHAH ALAM DAN KUALA LANGAT OLEH PIHAK KETIGA

16 OKTOBER 2020, 3.30 Petang

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini kejadian paip pecah oleh pihak ketiga yang telah berlaku di kawasan pembinaan Worldwide Seksyen U11, Shah Alam.

 

Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada jam 10:00 malam, hari ini. Para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila ia disalurkan semula.

 

Justeru itu, bekalan air ke 59 kawasan yang terjejas di Wilayah Klang/ Shah Alam dan Kuala Langat dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 10:00 pagi, 17 Oktober 2020.

 

Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki sedang digerakkan ke kawasan-kawasan terlibat bagi membantu pengguna yang terjejas.

 

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.                                          

 

 

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Enhances Mobile Application and Website for A More Use...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) has recently upgraded its mobile application and website, specially designed …

default
Air Selangor Ready To Meet Water Needs To Support the Growth of Dat...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) welcomes the statement by the Prime Minister, YAB Dato’ Seri …

default
Air Selangor Strengthens Commitment to Sustainability and Human Rig...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) today formalised strategic partnerships by signing …