19 Oktober 2020, 3:00 petang
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2, 3 dan LRA Rantau Panjang masih belum beroperasi ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Selangor.
Sehingga jam 2:00 petang, tahap pencemaran bau di Sungai Selangor berada pada tahap 0 TON, dan bacaan masih tidak konsisten pada tahap 0 TON apabila diuji sebanyak 3 kali berturut-turut. Berikutan itu, loji belum boleh beroperasi buat masa ini.
Henti tugas ini menyebabkan Air Selangor tidak dapat menghasilkan air sebanyak 2,700 juta liter sehari untuk dibekalkan kepada para pengguna di 1,292 kawasan. Air Selangor akan mengumumkan jadual pemulihan apabila loji sudah mula beroperasi.
Air Selangor telah menggerakkan sebanyak 91 lori tangki air ke premis-premis kritikal serta kawasan perumahan yang terjejas. Sebanyak 34 tangki statik, 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan 21 pili awam juga disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terjejas. Senarai kawasan pili awam dan PKS seperti di Lampiran A.
Air Selangor menyarankan kepada pengguna-pengguna untuk mengambil bekalan air bersih di pili-pili awam kerana bantuan melalui lori-lori tangki air diutamakan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dan bantuan bekalan air bersih di Pusat Khidmat Setempat yang telah disediakan. Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki dan pili-pili awam yang disediakan.
Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.
-TAMAT-
LAMPIRAN 1
LOKASI PUSAT KHIDMAT SETEMPAT (PKS)
WILAYAH |
LOKASI |
KOORDINAT |
PETALING |
PKS KOTA DAMANSARA (Dewan MBPJ, Jalan Nuri Seksyen |
3.1694868, 101.5755354 |
PKS SG BULOH – (Jalan Kubu Gajah, Tmn Seri Buloh U19/1A) |
3.203082, 101.542886 |
|
PKS TAMAN BUKIT KUCHAI (Jalan 23, Tmn Bkt Kuchai) |
3.0564852, 101.6377362 |
|
PKS PJS (Jalan PJS 1/25, Berdekatan Gelangan Futsal |
3.0781789, 101.6464359 |
|
SS13 Kompleks 3K, |
3.068402, 101.593201 |
|
KLANG |
Masjid As Saadah, Lingkaran Sultan Abd Samad 2, Bdr Sultan Sulaiman |
3.026308,101.375898 |
Tmn Rekreasi Bdr Parkland, Jln Delima 8, Bdr Parkland |
2.967889,101.456443 |
|
Taman Rakyat, Jln Tun Dr Ismail, Tmn Sri Andalas |
3.020522,101.450333 |
|
Dewan MBSA Seksyen 27, Jalan Sg Gapis 27/711 |
3.0174657,101.5645326 |
|
Pusat Khidmat Ahli Majlis, Jln Durian 4/1, Seksyen 4, Shah Alam |
3.078634, 101.515975 |
|
Masjid Umuriah, Jln Kebun Baru, Kg Perepat, Kapar |
2.923443,101.305863 |
|
GOMBAK |
Persiaran Kenanga, Bandar Sri Damansara |
3.187339,101.611097 |
Jalan 23/56, AU3 Keramat |
3.181832,101.749895 |
|
AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai |
3.141380,101.779505 |
|
KUALA LUMPUR |
Parkir Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim, KL |
3.171411, 101.671067 |
Sebelah Padang Bola HKL, Lorong Raja Muda Abd Aziz, KL |
3.172222, 101.706056 |
|
KUALA SELANGOR |
Stadium Kuala Selangor |
3.242342,101.432923 |
KUALA LANGAT |
– |
– |
HULU SELANGOR |
– |
– |
LOKASI PILI AWAM
WILAYAH |
PILI AWAM |
|
LOKASI |
KOORDINAT |
|
PETALING |
1. Persiaran Taman Wawasan, Taman Wawasan |
3.033111, 101.619235 |
2. Jalan USJ 2/2G |
3.059312, 101.590855 |
|
3. Berdekatan Depoh MPSJ Jalan TP2 Tmn Perindustrian Subang UEP Subang Jaya |
3.043840 , 101.566718 |
|
4. Di Tepi Jalan USJ 1/3 Persiaran Subang Mewah Subang Jaya |
3.053193 , 101.604863 |
|
5. Jalan Indah 2/2, Puchong Indah |
3.011570, 101.604720 |
|
GOMBAK |
1. Lembah Jaya Selatan |
3.139853,101.783995 |
2. AU3, Keramat |
3.179890,101.753372 |
|
3. Jln 10, Tmn Greenwood (berhampiran shell) |
3.235000,101.703527 |
|
4. Jln Seri Wangsa 2, Villa Wangsamas |
3.192888, 101.738059 |
|
5. Sek.Men.Keb.Sg Pusu Tmn Mutiara Gombak |
3.237601,101.717761 |
|
6. Jln Mutiara 6, Tmn Selayang Mutiara |
3.256375,101.662488 |
|
KLANG |
1. Persiaran Setia Murni |
3.1066463, 101.4519469 |
2. Jalan Kenangan, Pekan Meru |
3.136033, 101.442285 |
|
KUALA LUMPUR |
1. Kuaters JKR Sg Besi |
3.103895 , 101.701749 |
2. Padang Merbok |
3.153137 , 101.686275 |
|
3. Berhampiran Sri Perdana Jln Damansara |
3.1742323, 101.6792684 |
|
4. IKIM |
3.176210, 101.678507 |
|
KUALA LANGAT |
1. Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian, Teluk Panglima Garang |
2.920669,101.473844 |
KUALA SELANGOR |
1. Stesen Bas Tg Karang |
3.4244300,101.1730130 |
HULU SELANGOR |
1. Jalan Utama depan Ambank Kg Lee Kim Sai |
3.3141034,101.5787452 |
2. Ruang parkir Pej. Penghulu Tmn Jati Rawang |
3.3057916,101.5847891 |