Status Terkini Kerja-Kerja Kecemasan Bagi Pembaikan Paip Pecah Berhampiran Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kg. Chinchang, Salak Tinggi, Sepang

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pelaksanaan kerja-kerja kecemasan bagi insiden paip pecah berhampiran Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kg. Chinchang, Salak Tinggi, Sepang.

 

Sehingga jam 6:00 pagi hari ini, pelaksanaan kerja-kerja kecemasan telah mencapai tahap 29%. Kerja-kerja pembaikan mengalami kesukaran disebabkan paip pecah terletak berhampiran sungai, dan pengukuhan tebing perlu dilaksanakan terlebih dahulu di kawasan tersebut sebelum kerja membaiki paip pecah boleh dilakukan. Kerja pembaikan dijangka siap pada jam 6:00 petang hari ini.

 

Berikutan itu, air dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna pada jam 6:30 petang hari ini secara berperingkat-peringkat ke 145 kawasan di Wilayah Sepang dan 11 kawasan di Kuala Langat, setelah kerja-kerja siap dilaksanakan. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6:00 petang, 20 Oktober 2021. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

 

Air Selangor terus menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian. Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini.

 

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat insiden ini dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Enhances Mobile Application and Website for A More Use...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) has recently upgraded its mobile application and website, specially designed …

default
Air Selangor Ready To Meet Water Needs To Support the Growth of Dat...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) welcomes the statement by the Prime Minister, YAB Dato’ Seri …

default
Air Selangor Strengthens Commitment to Sustainability and Human Rig...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) today formalised strategic partnerships by signing …