SIARAN MEDIA – SEGERA
21 Oktober 2020, 1:00 tengah hari
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran pada 19 Oktober 2020.
Sehingga jam 12:00 tengah hari hari ini, bekalan air telah pulih sepenuhnya di wilayah Hulu Selangor. Ini menjadikan sejumlah 1,162 (90%) kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Justeru itu, sebanyak 130 kawasan di wilayah yang terjejas masih lagi dalam proses pemulihan. Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:
Wilayah |
Pemulihan Kawasan (%) |
Petaling |
98 % |
Klang/ Shah Alam |
70 % |
Gombak |
78 % |
Kuala Lumpur |
97 % |
Hulu Selangor |
100 % |
Kuala Langat |
50 % |
Kuala Selangor |
99.6 % |
Senarai kawasan yang belum pulih adalah seperti di Lampiran A.
Pengguna disarankan untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan. Air Selangor berharap para pengguna menggunakan bekalan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Air bersih ini telah melalui ujian kualiti dan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan pematuhan tersebut telah disahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Bantuan bekalan alternatif di pili – pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
– TAMAT –
ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
Lampiran A – Senarai Kawasan Yang Belum Pulih
PETALING |
KLGCC |
PJU 1A, Ara Damansara (Kolam Air Ara Damansara) |
Taman Bukit Subang |
KLANG / SHAH ALAM |
||
---|---|---|
Ambang Botanik |
Kg Lombong |
Seksyen 7 |
Bandar Botanik |
Kg Pendamar |
Seluruh Bandar Baru Bukit Raja |
Bandar Bukit Tinggi 1 |
Laguna Park |
Seluruh Kapar |
Bandar Bukit Tinggi 2 |
Pandamaran |
Seluruh Perepat |
Bandar Parkland |
Perindustrian Pulau Indah Fasa 1 |
Seluruh Sementa |
Berjaya Park |
Perindustrian Pulau Indah Fasa 2 |
Sg Sireh |
Bukit Kapar |
PKFZ |
Sungai Puloh |
Bukit Kerayong |
Pulau Ketam |
Taman Bayu Mas |
Jalan Kapar Bt 1 – 5 |
Seksyen 19 |
Taman Bijaya Kg. Jawa |
Jalan Kebun |
Seksyen 20 |
Taman Bukit Rimau |
Jalan Samarinda (Taman Mesra Indah) |
Seksyen 23 |
Taman Samudera |
Jalan Bukit Rimau |
Seksyen 24 |
Taman Sentosa |
Jalan Raja Nong |
Seksyen 25 |
Taman Sri Andalas |
Kg Bukit Cerakah |
Seksyen 26 |
Taman Subang Mas |
Kg Pulau Indah |
Seksyen 27 |
Taman Suria Pendamar |
Kg Teluk Gong |
Seksyen 28 |
Taman Radzi Teluk Gadong Besar |
Kg Bukit Lanchong |
Seksyen 29 |
Westport |
Kg Keretapi |
Seksyen 30 |
– |
GOMBAK |
||
---|---|---|
Ampang Avenue |
Riana Ukay |
Taman Keramat AU4 |
Ampang Jaya |
Riverdale Apartment Bukit Antarabangsa |
Taman Keramat AU5 |
Ampang Utama |
Sierra Ukay |
Taman Kesuma |
Ampang Waterfront |
Tinjani Ukay |
Taman Permai Jaya Ampang |
Apartment Mesra Prima |
Taman Ampang Mewah |
Taman Permai Villa |
Apartment Mesra Villa |
Taman Bdr Baru Ampang |
Taman Perwira Ampang |
Apartment Sri Nilam |
Taman Bukit Ampang |
Taman Sri Ampang |
Bukit Antarabangsa |
Taman Bukit Jaya |
Taman Sri Bayu |
Bukit Mewah |
Taman Bukit Utama & Puncak Bukit Utama |
Taman Sri Merdeka |
Bukit Mulia |
Taman Cahaya Indah |
Taman Sri Raya |
Hillside Estate |
Taman Dagang Permai |
Taman Sri Watan |
Kepong Baru (Jalan Lang) |
Taman Dato Ahmad Razali |
Taman TAR |
Kg Ampang Campuran |
Taman Fairuza Ampang |
Taman Tasek Tambahan |
Kg Ampang Indah |
Taman Grandview Ampang |
Taman Ukay Heights |
Kg Baru Ampang |
Taman Halaman |
Taman Ukay Indah |
Kg Indah Permai |
Taman Hijau |
Taman Ukay Perdana |
Kg Melayu Ampang |
Taman Kelab Ukay |
Taman Wangsa Ukay |
Kg Muhibbah |
Taman Keramat AU1 |
Ukay Seraya |
Kg Tasek Permai |
Taman Keramat AU2 |
Ukay Tropika |
Mesra Ria Apartment |
Taman Keramat AU3 |
– |
KUALA LUMPUR |
||
---|---|---|
Bangsar |
Jalan Dutamas Raya |
Taman Bukit Sri Bintang |
Bukit Damansara |
Medan Damansara |
Taman Sri Bintang |
Dutamas |
Segambut |
– |
KUALA LANGAT |
Batu 7 hingga Batu 9 Sijangkang & Batu 9 Kg Medan |
Batu 9 Kebun Baru |
Eco Sanctuary |
Tropicana Aman |
KUALA SELANGOR |
Bukit Kerayong |