6 Oktober 2020, 7:00 pagi
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa ujian persampelan yang dijalankan di muka sauk LRA Sungai Semenyih telah mencatatkan bacaan 0 TON tiga kali berturut. Walau bagaimanapun, ujian persampelan yang dijalankan sehingga jam 6:00 pagi ini masih mengesan pencemaran di muka sauk LRA Bukit Tampoi pada tahap 2 TON.
Dalam pada itu, LRA Sungai Semenyih telah mula mengoperasikan pam air mentah pada pagi ini untuk kerja-kerja pembersihan paip air mentah dan tangki-tangki rawatan air. Usaha untuk merawat air mentah dan menstabilkan sistem LRA akan mengambil masa selama 12 jam sebelum bekalan air boleh diagihkan kepada para pengguna. Bekalan air yang diagihkan akan melalui ujian kualiti air dan pematuhan standard oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air secara berperingkat mengikut kawasan bagi kawasan yang menerima air dari LRA Sg Semenyih apabila proses menstabilkan rawatan air dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Air Selangor telah menggerakkan sebanyak 92 lori tangki air ke premis-premis kritikal, sekolah-sekolah serta kawasan perumahan yang terjejas. Sebanyak 22 tangki statik, 10 stesen pengisian setempat, 9 Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan 13 pili awam juga disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terjejas. Senarai kawasan PKS dan pili awam adalah seperti di Lampiran A.
Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.
– TAMAT –
LAMPIRAN A
WILAYAH |
LOKASI PKS |
LOKASI PILI AWAM |
Petaling |
USJ 4/5 |
Masjid Puchong Perdana (Koordinat: 3.010279, 101.608306) |
Taman Wawasan (Koordinat: 3.034391, 101.623609) |
Depoh MPSJ TP2, hadapan depoh MPSJ (Koordinat: 3.045194, 101.566097) |
|
PSK 9, Seri Kembangan (Koordinat: 3.0162582, 101.6988053) |
USJ 3A (Koordinat: 3.059964, 101.578238) |
|
– |
Kompleks 3K SS 13 (Koordinat: 3.070589, 101.59331) |
|
Hulu Langat |
Berdekatan Masjid Kariah Bangi, Jalan Bangi Lama, Bangi (Koordinat: 2.900848,101.785512) |
Berhampiran Petronas Unikeb, Jalan 1/1 Bdr Baru Bangi (Koordinat: 2.9422500, 101.7672576) |
Berhadapan Kedai Nasi Kukus To'we, Jalan Kesuma 3/1, Bandar Tasik Kesuma, Beranang (Koordinat: 2.905905.101.866013) |
Jln Kesuma 3/5 Bdr Tasik Kesuma (Koordinat: 2.9058014, 101.8645564) berhampiran 7Eleven |
|
– |
Jalan Aman Kpg Bahagia, Bangi |
|
Kuala Langat |
Petronas Olak Lempit (Koordinat: 2.833417, 101.606255) |
Di hadapan Tangki Air Bandar Sungai Emas, Jalan Emas 15, Bandar Sungai Emas (Koordinat: 2.822118,101.533448) |
Jalan Gangsa TPG (Koordinat: 2.900801, 101.4740171) |
Di hadapan Masjid Al-Islah, Kampung Sawah, Banting (Koordinat: 2.865313,101.457257) |
|
– |
Jalan Aman Sinaria 6, Tropicana Aman |
WILAYAH |
LOKASI PKS |
LOKASI PILI AWAM |
Sepang |
Masjid Taman Putra Perdana, Puchong (Koordinat: 2.944167,101.611389) |
Pekan Salak, landmark: Pasar Awam Pekan Salak (Koordinat: 101°41'20.671""E, 2°51'28.43""N") |
– |
Pasar Pekan Dengkil, landmark: Pasar Awam Pekan Dengkil (Koordinat: 2°51'19""N, 101°40'50""E") |
|
–
|
Taman gemilang, landmark: Dewan Orang Ramai Taman Gemilang (Koordinat: 101°41'20.67""E, 2°51'28.43""N") |
|
Putrajaya |
Putrajaya Central, bersebelahan dengan stesen ERL/Hospital Putrajaya |
– |