7.00 petang
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor sedang giat dilaksanakan. Sehingga jam 7:00 malam, peratusan kerja pembaikan adalah pada tahap 61.2% dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada jam 3.00 pagi, 23 Mei 2023 (Selasa). Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan.
Air Selangor akan terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Pada masa yang sama, Air Selangor juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dan pihak-pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam memberikan bantuan sokongan bagi tujuan pengurusan bantuan bekalan air di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di https://hentitugas.airselangor.com/ serta menerusi aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-