Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertumbuhan Industri Pusat Data di Malaysia

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengenai kesediaan Malaysia untuk menyelaraskan dasar-dasar negara bagi memenuhi keperluan industri baharu, termasuk perkembangan pesat pusat data.

 

Sebagai penyedia perkhidmatan air terbesar di Malaysia, Air Selangor terus komited untuk memastikan bekalan air yang stabil dan mampan kepada 9.62 juta pengguna kami, tanpa mengabaikan keperluan sektor industri yang semakin meningkat ini.

 

Untuk memastikan keupayaan memenuhi permintaan tambahan daripada pusat data, Air Selangor telah merancang pelbagai langkah strategik, termasuk:

 

  • Peningkatan margin rizab air: Kami merancang untuk meningkatkan margin rizab air melalui pembangunan empat (4) loji rawatan air baharu menjelang 2030, dengan kapasiti tambahan sebanyak 2,730 juta liter sehari. Setakat September 2024, margin rizab air berada di paras 18.37%, meningkat daripada 15.34% pada 2023.
  • Pengurusan air mampan: Usaha berterusan dilakukan untuk mengurangkan Air Tidak Berhasil (Non-Revenue Water) kepada 25% menjelang 2030, yang akan meningkatkan kecekapan sistem bekalan air kami.

 

Air Selangor mengiktiraf peranan penting pusat data dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan inovasi Malaysia. Kami terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan, memberikan konsultasi pakar serta penyelesaian inovatif untuk menyokong operasi mereka, tanpa menjejaskan keperluan sektor lain.

 

Selaras dengan usaha Malaysia untuk menjadi hab pilihan bagi pusat data di rantau ini, Air Selangor komited dalam memainkan peranan penting dalam menyokong matlamat ini. Pelaksanaan dasar yang progresif dan perancangan strategik kami menyediakan asas yang kukuh bagi masa depan industri pusat data di negara ini.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …

default
Air Selangor dan Monsta Jalin Kerjasama Bagi Meningkatkan Kesedaran...
Media

Disiarkan pada 4 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Monsta Studios Sdn. …