Previous
Next
Syarat-Syarat Penyertaan
Untuk mengambil bahagian, individu yang layak mestilah mengikuti langkah-langkah berikut:-
- Langkah 1 : Muat turun aplikasi mudah alih Air Selangor.
- Langkah 2 : Daftar e-Bil melalui aplikasi mudah alih Air Selangor, laman web atau kaunter perkhidmatan.
- Langkah 3 : Membuat pembayaran bil air melalui aplikasi mudah alih Air Selangor.
Jika seseorang itu mempunyai lebih daripada 1 akaun bekalan air di bawah satu penama dan kad pengenalan yang telah didaftar sepanjang tempoh kempen, maka hanya 1 akaun sahaja yang layak untuk menyertai Kempen ini.
Pendaftaran yang tidak lengkap dan/atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana terma dan syarat kempen ini akan menyebabkan penyertaan dalam kempen ini terbatal secara automatik tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
Pemilihan Pemenang
Pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria berikut:-
- Peringkat 1: Pendaftaran e-Bil baharu.
- Peringkat 2: Pengguna aplikasi mudah alih Air Selangor baharu dan sedia ada.
- Peringkat 3: 10,000 pengguna Air Selangor yang pertama yang membuat pembayaran bil air melalui aplikasi mudah alih Air Selangor sepanjang tempoh kempen.
- Peringkat 4: Tiada tunggakan bil air.
Tempoh Kempen
26 Jun 2023 sehingga 31 Ogos 2023