Laporan Kebocoran Air Selangor

Apakah Kempen Laporan Kebocoran Air Selangor?

Kempen Laporan Kebocoran Air Selangor adalah inisiatif Air Selangor untuk mengurangkan Air Tidak Terhasil (NRW) dan menambah baik pengalaman pelanggan. Pengguna Air Selangor perlu memuat turun aplikasi Air Selangor dan membuat laporan apabila pengguna menjumpai insiden paip bocor/paip pecah/meter bocor/sambungan haram.

 

Syarat-Syarat Penyertaan

  • Langkah 1: Muat turun aplikasi mudah alih Air Selangor.
  • Langkah 2: Laporkan paip bocor/paip pecah/meter bocor/sambungan haram melalui aplikasi mudah alih Air Selangor.

Pemilihan Pemenang

Pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria berikut:-

  • Peringkat 1: Pengguna Air Selangor yang telah membuat satu (1) atau lebih laporan melalui aplikasi mudah alih Air Selangor sepanjang Tempoh Kempen;
  • Peringkat 2: Laporan yang dibuat sepertimana dalam Peringkat 1 hendaklah tergolong di dalam 2,000 laporan terawal yang diterima bagi sesuatu bulan sepanjang Tempoh Kempen melalui aplikasi mudah alih Air Selangor; dan
  • Peringkat 3: Laporan tersebut telah disahkan dan diselesaikan oleh Air Selangor.

Tempoh Kempen

1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …