Air Selangor Lancar Hydrolytics MetLab, Gabungan Makmal Ujian Meter Air dan Data Analytics

Kuala Lumpur – Pelancaran Hydrolytics MetLab Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sebagai pusat inovasi metrologi yang mengutamakan sains pengukuran bagi memastikan meter air yang baik daripada segi ketepatan dan kebolehpercayaan adalah seiiring dengan misi penyedia perkhidmatan air tersebut untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada 9.1 juta penggunanya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut Ir. Abas Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor ketika majlis perasmian pusat inovasi tersebut di Sungai Besi, Hydrolytics MetLab merupakan gabungan antara Meter Laboratory dan Data Analytics. Ia merupakan satu-satunya makmal ujian meter air di Malaysia yang diakreditasi oleh Jabatan Standards Malaysia kerana mempunyai kapasiti untuk menguji meter air bersaiz sehingga 200mm, berbanding makmal kebangsaan yang boleh menguji meter air bersaiz sehingga 80mm.

“Perasmian fasiliti ini (Hydrolytics MetLab) merupakan strategi Air Selangor untuk merekodkan penggunaan air yang tepat dan mengurangkan kemerosotan rekod penggunaan air (degradation) pada setiap masa kepada para pengguna yang semakin meningkat. Ia juga dapat membantu Air Selangor dalam usaha kami mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water atau NRW), serta membolehkan kami membuat keputusan yang tepat dan termaklum bagi meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos,” menurut Ir. Abas.

Hydrolytics MetLab tersebut juga merupakan perintis di Malaysia dalam menyediakan kemudahan ujian untuk semua jenis dan saiz meter mengikut peraturan piawaian yang ditetapkan oleh International Organisation for Standardisation (ISO) dan International Organisation of Legal Metrology (OIML).

“Dengan menggabungkan data analitik dan data profiling meter air, Air Selangor tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada wear and tear (haus atau lusuh) sesuatu meter, serta mana-mana best practice (amalan terbaik) yang telah dipraktikkan sebelum ini sebagai asas untuk pertukaran meter air,” tambah Ir. Abas lagi.

Ujar beliau lagi, pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian membanggakan bagi Air Selangor dan sejajar dengan aspirasinya untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terunggul di Asia menjelang 2030.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …