Status Pemulihan Bekalan Air Berikutan Kerja-Kerja Penambahbaikan, Penyenggaraan dan Penggantian Aset Di Loji Rawatan Air Sungai Langat

1:30 tengah hari

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air kawasan yang terjejas di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat berikutan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat (LRA Sg Langat).

Setakat jam 12:00 tengah hari, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat adalah 52.2%. Bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terjejas di wilayah Hulu Langat telah pulih sepenuhnya. Bagi wilayah Petaling pula, 33 kawasan telah pulih sepenuhnya kecuali empat kawasan (Bukit Jalil – Pavilion, Bukit Jalil – Golf, Desa Petaling dan Kg Baru Salak Selatan) sahaja yang masih lagi terjejas dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6:00 petang ini.

Sementara itu, bekalan air bagi 158 daripada 204 kawasan terlibat di Kuala Lumpur dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6:00 pagi, 13 Oktober 2023 (Jumaat). Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti di Lampiran A.

Air Selangor akan terus menggerakkan 81 lori-lori tangki air secara aktif untuk 162 kawasan yang masih terjejas ini dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Di sebalik segala usaha kami untuk meminimakan impak yang disebabkan oleh isu teknikal di lapangan yang tidak dapat dielakkan, tempoh pemulihan terpaksa dilanjutkan bagi memastikan bekalan air terawat yang bersih dan selamat dapat disalurkan kepada para pengguna. Air Selangor memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami oleh para pengguna disebabkan oleh kelewatan pemulihan penuh ini. Fokus kami kini adalah untuk memastikan proses pemulihan bekalan air berjalan dengan lancar.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …