Kuala Lumpur – Merujuk kepada kenyataan media sosial Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan kejadian mendapan tanah di hadapan bangunan Ariani berhampiran Jalan Masjid India yang menjadi tular hari ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak benar.
Pihak DBKL menghubungi Pejabat Wilayah Kuala Lumpur Air Selangor malam semalam (29 Ogos 2024) berkenaan kewujudan mendapan tanah yang berkemungkinan disebabkan oleh kebocoran paip Air Selangor. Setelah semakan lanjut dilakukan, pihak Air Selangor ingin mengesahkan bahawa tiada kebocoran paip di kawasan tersebut.
Air Selangor ingin menegaskan bahawa kejadian mendapan tanah yang dilaporkan oleh DBKL tersebut bukan disebabkan oleh paip bocor yang memerlukan kerja-kerja penggantian paip segera oleh Air Selangor.
Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung Air Selangor menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
– TAMAT –