Air Selangor Taja 240 Pelajar daripada Keluarga B40 dengan Bantuan Akses Pendidikan Digital untuk Persiapan Perperiksaan SPM

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), di bawah payung inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Sesama Mara, menerusi program Memperkasakan Pembelajaran Dalam Talian, menaja 240 pelajar daripada keluarga B40 dengan bantuan akses pendidikan digital bagi persiapan peperiksaan SPM dengan kerjasama Pandai Education Sdn Bhd (Pandai).

 

Program ini diteruskan dengan kerjasama Pandai buat tahun kedua dengan menyediakan bahan pendidikan digital yang interaktif, mampan dan lestari, menerusi aplikasi Pandai Premium, bagi membolehkan pelajar-pelajar ini kekal cemerlang dan terus diberikan perhatian dalam menerima pembelajaran yang berkualiti.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali, berkata, “Kami komited dalam menyumbang kembali kepada komuniti sekitar yang melibatkan inisiatif di peringkat akar umbi dengan memberikan sokongan kepada anak-anak daripada keluarga B40 menerusi akses pembelajaran digital yang berkualiti. Apabila pelajar-pelajar ini diberikan peluang saksama kepada akses pembelajaran digital, kami berharap ia dapat membantu mereka membuat persiapan menghadapi SPM selain dapat meningkatkan prestasi akademik mereka secara keseluruhan.”

 

Antara penerima langganan aplikasi Pandai Premium bagi tahun ini terdiri daripada 72 pelajar anak-anak warga kerja Air Selangor, 60 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong, 40 pelajar Sekolah Kebangsaan Menengah Kebangsaan Padang Tembak, 13 pelajar Rumah Kebajikan Kasih Harmoni Paya Jaras, dan 55 pelajar daripada pengguna aplikasi asas Pandai yang terpilih. Sehingga kini, Air Selangor telah menaja seramai 415 pelajar sebagai penerima langganan aplikasi tersebut, termasuk 175 orang pelajar pada tahun lepas.

 

Pandai Premium merupakan pelan langganan lengkap yang membolehkan pelajar memperoleh semua soalan latihan, ujian, nota, bantuan chat secara 1-on-1, tuisyen online dalam semua subjek dan contoh soalan peperiksaan untuk ulangkaji tanpa gangguan pada bila-bila masa.

 

Dalam pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pandai Education Sdn Bhd, Khairul Anwar Mohamad Zaki, berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat meneruskan kerjasama dengan Air Selangor untuk tahun kedua dalam membantu para pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Program ini tidak hanya memberikan manfaat kepada pelajar, tetapi juga menyokong usaha kami untuk memastikan pendidikan berkualiti dapat diakses oleh semua, seiring dengan agenda Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memacu pendidikan digital.”

 

Untuk maklumat lanjut mengenai program Sesama Mara, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com/sesamamara/.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …