Air Selangor Perkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian Bekalan Air, Dukung Pelan Hala Tuju Transformasi AIR 2040

 

Disiarkan pada 29 Oktober 2024

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), penyedia perkhidmatan air terbesar di Malaysia, terus memperkukuh komitmen terhadap kelestarian dan daya tahan bekalan air di Majlis Peluncuran Pelan Hala Tuju Transformasi AIR 2040 (AIR 2040) yang dianjurkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Dengan tema “Air Diperkasa, Rakyat Sejahtera”, pelan hala tuju tersebut menekankan kelestarian dan ketahanan pengurusan air negara. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan operator air mencapai keseimbangan antara pemeliharaan alam sekitar dan kestabilan kewangan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali yang dijemput sebagai salah seorang ahli panel dalam perbincangan tersebut, berkongsi pandangannya tentang kepentingan teknologi dan inovasi dalam mencapai pengurusan air yang mampan dan cekap, selaras dengan matlamat AIR 2040 bagi memastikan kelangsungan sumber air yang lestari.

 

Dalam perkongsiannya, Adam berkata, “Teknologi dan inovasi adalah kunci dalam memastikan pengurusan air yang mampan dan cekap. Untuk menjamin kelangsungan sektor air dalam jangka panjang, keseimbangan antara pemeliharaan alam sekitar dan kestabilan kewangan amat penting. Usaha mengurangkan air tidak terhasil (NRW) juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan operasi, memastikan lebih banyak air sampai kepada pengguna, serta mengoptimumkan sumber yang ada. Kami di Air Selangor bersedia untuk menyumbang secara aktif dalam menjayakan matlamat transformasi sektor air Malaysia,” tambahnya.

 

AIR 2040 turut dihadiri oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), yang menyampaikan ucaptamanya mengenai keperluan mendesak untuk mentransformasikan sektor air negara bagi menghadapi cabaran masa hadapan, termasuk perubahan iklim dan permintaan yang semakin meningkat.

 

Kehadiran para pemimpin industri, ahli akademik, dan pihak berkepentingan lain turut memperkukuh perbincangan forum tersebut khususnya mengenai kolaborasi antara sektor air, tenaga, dan makanan, yang penting bagi memastikan kesejahteraan negara secara menyeluruh dan mampan.

 

Dalam usaha merealisasikan visi untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di Asia, Air Selangor meneruskan komitmen jitu terhadap usaha kelestarian dalam menyediakan bekalan air terawat yang bersih dan selamat kepada 9.62 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …