STATUS TERKINI KAWASAN-KAWASAN YANG BELUM MENERIMA BEKALAN AIR DI 7 WILAYAH YANG TERJEJAS (8 Dis 2020, 10pm)

8 DISEMBER 2020, 10:00 MALAM

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini bekalan air di tujuh wilayah yang terjejas iaitu di Petaling, Klang/ Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang pada jam 11:30 malam, 7 Disember 2020 dan LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 pada jam 1:00 pagi, 8 Disember 2020 disebabkan oleh pencemaran air mentah di Sungai Selangor.

 

Sehingga jam 10:00 malam ini, bekalan air telah stabil di 458 (53%) kawasan dari 861 kawasan yang terjejas. Air Selangor juga sedang berusaha untuk menstabilkan agihan bekalan air di 403 kawasan yang masih lagi terjejas. Senarai kawasan ini adalah seperti di Lampiran A.

 

Peratusan kawasan yang telah stabil mengikut wilayah adalah seperti berikut:

 

Wilayah

Pemulihan Kawasan (%)

Petaling

67%

Klang/ Shah Alam

34%

Gombak

42%

Kuala Lumpur

78%

Hulu Selangor

 0%

Kuala Langat

 0%

Kuala Selangor

 94%

 

Bantuan bekalan air alternatif melalui pili – pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang masih lagi tejejas. Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki, PKS dan pili-pili awam yang disediakan.

 

Maklumat bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com

– TAMAT –

LAMPIRAN A

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …