7:00 PM
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini bekalan air di tujuh wilayah yang terjejas iaitu di Petaling, Klang/ Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang pada jam 11:30 malam, 7 Disember 2020 dan LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 pada jam 1:00 pagi, 8 Disember 2020 disebabkan oleh pencemaran air mentah di Sungai Selangor.
Sehingga jam 6:00 petang ini, bekalan air telah stabil di 430 (50%) kawasan dari 861 kawasan yang terjejas. Senarai kawasan ini adalah seperti di Lampiran A. Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air di 431 kawasan yang masih lagi terjejas. Peratusan kawasan yang telah stabil mengikut wilayah adalah seperti berikut:
Wilayah |
Pemulihan Kawasan (%) |
Petaling |
67 % |
Klang/ Shah Alam |
21 % |
Gombak |
42 % |
Kuala Lumpur |
75 % |
Hulu Selangor |
0 % |
Kuala Langat |
0 % |
Kuala Selangor |
94 % |
Bekalan air alternatif juga boleh diperolehi di Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan pili-pili awam yang telah disediakan bermula pada jam 12.00 tengah hari tadi untuk kemudahan para pengguna. Senarai kawasan PKS dah pili awam adalah seperti di Lampiran B. Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki, PKS dan pili-pili awam yang disediakan.
Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang telah mula menerima bekalan air untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan bekalan air dapat disalurkan ke kawasan-kawasan yang masih lagi belum stabil berikutan penyusutan paras kolam-kolam di kawasan perumahan.
Maklumat bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.
– TAMAT –