27 NOVEMBER 2020
Kuala Lumpur – Air Selangor ingin memaklumkan kepada para pengguna bahawa talian bebas tol 1-800-88-5252 tidak lagi digunapakai bermula 1 Disember 2020. Pengguna kini disarankan untuk menghubungi Air Selangor di talian 15300 yang beroperasi 24 jam sehari untuk sebarang pertanyaan, cadangan dan aduan mengenai perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain daripada talian 15300, para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat terkini tentang perkhidamatan bekalan air melalui saluran-saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti berikut:
• Aplikasi telefon pintar Air Selangor yang boleh dimuat turun di Google Play atau Apps Store
• Laman sesawang https://www.airselangor.com
• Facebook “Air Selangor”, Instagram “Air Selangor” dan Twitter @ air_selangor
• Emel wecare@airselangor.com
Air Selangor juga ingin berkongsi logo rasmi Air Selangor seperti di Lampiran A. Kerjasama semua pihak untuk menukar dan menggunakan logo baharu Air Selangor dalam semua laporan berita sama ada medium bercetak atau secara atas talian amat dihargai.
– TAMAT –