STATUS TERKINI PELAN PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, GOMBAK, KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR, KUALA LANGAT DAN KUALA SELANGOR [12 Nov 2020, 7PM]

SIARAN MEDIA – SEGERA
12 NOVEMBER 2020, 7:00 MALAM

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)  ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran di Sungai Selangor pada 10 November 2020.

 

Sehingga jam 6:00 petang hari ini, sejumlah 1,185 (93%) kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 1,279 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Justeru itu, sebanyak 94 kawasan di wilayah yang terjejas masih lagi dalam proses pemulihan dan akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat. Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:

 

Wilayah Pemulihan Kawasan (%)
Petaling 99.3 %
Klang/ Shah Alam 72 %
Gombak 87 %
Kuala Lumpur 99.2 %
Hulu Selangor 91 %
Kuala Langat 80 %
Kuala Selangor 99.6 %

 

Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti di Lampiran A.

Sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini, Air Selangor amat menghargai bantuan daripada pihak berkuasa tempatan yang telah menghantar bantuan lori tangki antaranya sebuah dari Majlis Perbandaran Sepang (MPS), sebuah dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebuah dari Majlis Perbandaran Kelana Jaya (MPKJ), dua buah dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), tiga buah dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan empat buah buah dari Majlis Perbandaran Kajang (MPK) untuk menghantar bekalan air ke kawasan yang terjejas.

Bantuan bekalan air alternatif melalui pili – pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang masih lagi terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat status pemulihan bekalan air yang dikemaskini dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

– TAMAT –

ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

 

 

LAMPIRAN A – SENARAI KAWASAN YANG BELUM PULIH

PETALING

SS4
SS6

 

KLANG

Bandar Baru Bukit Raja Kapar Seksyen 23
Bandar Parkland Klang Sentral Seksyen 24
Berjaya Park Kota Pendamar Seksyen 25
Bukit Kapar Pangsapuri Sri Perantau Sementa
Bukit Kerayong Pelabuhan Utara Sungai Kapar Indah
Bukit Naga Perepat Sungai Puloh
Bulatan Bt 4-8 Jalan Bukit Kemuning Perindustrian Pulau Indah Fasa 2 Sungai Putus
Cahaya SPK Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1 Sungai Sireh
Desa Latania (Seksyen 36) Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 2 Taman AMG Bt 5 Bukit Kemuning
Jalan Bukit Rimau Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 3 Taman Bukit Rimau
Jalan Kapar Bt 1 – 8 & Klang Utama Pulau Ketam Taman Desa Kemuning
Jalan Kebun Seksyen 16 & Padang Jawa Taman Kandis Permai
Jalan Samarinda Seksyen 17 Taman Maznah
Johan Setia Seksyen 18 Taman Subang Mas
Kampung lombong Seksyen 19 Taman Suria Pendamar
Kampung Sungai Kandis Seksyen 20  
Kampung Teluk Gong Seksyen 22  

 

GOMBAK

Ampang Avenue Kampung Tasek Permai Taman Kesuma
Apartment Mesra Prima Riverdale Apt Bukit Antarabangsa Taman Permai Jaya Ampang
Apartment Mesra Ria Sering Ukay Taman Sri Ampang
Apartment Mesra Villa Taman Ampang Mewah Taman Sri Bayu
Apartment Sri Nilam Taman Andaman Ukay Taman Sri Merdeka
Bukit Antarabangsa Taman Bandar Baru Ampang Taman Sri Raya
Bukit Mewah Taman Bukit Jaya Taman Sri Watan
Bukit Mulia Taman Bukit Utama & Puncak Bukit Utama Taman Tasek Tambahan
Kampung Ampang Campuran Taman Dagang Permai Taman Wangsa Ukay
Kampung Ampang Indah Taman Fairuza Ampang Tinjani Ukay
Kampung Indah Permai Taman Halaman Ukay Seraya
Kampung Sungai Sering Taman Kelab Ukay Ukay Tropika

 

 

 

 

KUALA LUMPUR

Sebahagian Bukit Damansara
Taman Sri Sinar

 

HULU SELANGOR

Rawang Perdana
Sebahagian Bukit Rawang Putra (FLAT)

 

KUALA LANGAT

Bt 9 Sijangkang & Bt 9 Kampung Medan
Taman Bentara, Bt 9 Kebun Baru

 

KUALA SELANGOR

Bukit Kerayong

 

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …